Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Pengurusan, Integriti, Audit Dalaman dan Perancangan Strategik 129 01 02 03 04 05 Untuk mentransformasi organisasi menuju tahun 2020 , aspek-aspek yang ditekankan adalah seperti di bawah: Sumber Manusia • Pengukuhan daya saing dan kemampanan komuniti pengeksport; • Pengurusan sumber manusia yang strategik; dan • Pengurusan pemegang taruh yang ditambah baik. Proses • Kecekapan operasi; dan • Penciptaan nilai yang mampan dan penekanan terhadap pengurangan kos. Perkongsian • Penekanan terhadap hubungan strategik di dalam dan luar negara; dan • Penubuhan Majlis Khidmat Nasihat Dagangan. Promosi • Pengantarabangsaan syarikat & program menerusi strategi perdagangan yang jelas; • Komunikasi strategik dan aktiviti penjenamaan yang menyeluruh; dan • Pengurusan pelanggan secara hybrid. Platform • Kehadiran di peringkat antarabangsa; • Penekanan terhadap platform strategik; dan • Penyertaan aktif di dalam ekonomi digital. Skop BSP merangkumi kesemua Bahagian di dalam MATRADE di mana proses-proses kerja dan aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan adalah diselarikan serta berlandaskan objektif iaitu untuk merealisasikan aspirasi yang ditetapkan. PERANCANGAN STRATEGIK BERKAITAN PELABURAN SYARIKAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA MATRADE bertanggungjawab untuk membantu dan memantau pelaburan Malaysia di luar negara bagi tujuan akses pasaran. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada syarikat dan juga sumber sekunder, pelaburan syarikat Malaysia di luar negara berjumlah RM1,059.55 bilion. Asia Tenggara merupakan destinasi pelaburan terbesar bagi syarikat-syarikat Malaysia, diikuti oleh Afrika dan Eropah. Sektor tenaga merupakan sektor pelaburan terbesar di luar negara, diikuti oleh sektor perkhidmatan serta pembangunan dan pengurusan hartanah. Penganalisaan ini adalah penting bagi mengenal pasti potensi dan peluang meningkatkan eksport negara melalui pembekalan barangan dan perkhidmatan kepada syarikat Malaysia yang beroperasi di luar negara. Pengeksport barangan dan perkhidmatan Malaysia disaran untuk memanfaatkan keberadaan syarikat- syarikat Malaysia di luar negara ini untuk menawarkan barangan atau perkhidmatan mereka kepada syarikat- syarikat tersebut.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0