Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Organisasi MATRADE 13 01 02 03 04 05 Kaedah alternatif ke arah satu matlamat #MyAPEC2020 Exhibition jelas mencerminkan aspirasi MATRADE untuk tampil menangani situasi semasa. Melalui penganjuran acara maya sulung yang diadakan dengan kolaborasi rakan teknologi Fusionex bersempena dengan Malaysia sebagai tuan rumah APEC 2020, kami bukan sahaja berjaya membuktikan keupayaan untuk bertindak efektif dengan adaptasi digital yang pantas, tetapi turut menawarkan pengalaman yang imersif dan menarik kepada peserta dari segenap pelusuk dunia. Satu lagi inisiatif menuju matlamat yang sama ialah penganjuran Digital Kuala Lumpur International Aerospace Business Convention (KLIABC 2020) yang pertama, dengan kolaborasi ABE France and Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA). KLIABC 2020 adalah acara tumpuan bagi pihak pengurusan tertinggi serta pemain aeroangkasa sedunia untuk memperolehi kepakaran serantau dalam industri aeroangkasa. Ia juga memberikan syarikat-syarikat Malaysia suatu platform penjenamaan berkesan yang kemungkinan tidak dapat dicapai dalam situasi semasa. Satu lagi kolaborasi penting telah diadakan bersama Islamic Development Bank (IsDB) dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk meluaskan jangkauan promosi bagi penyedia perkhidmatan Malaysia dalam pelbagai sektor, khususnya ke negara-negara ahli OIC untuk meneroka peluang perdagangan bagi manfaat bersama. Kolaborasi ini adalah melalui penerbitan e-direktori iaitu “Mapping Malaysia’s Resource Centres (MMRC)”, yang memaparkan kemampuan dan kepakaran penyedia perkhidmatan Malaysia. Tatkala kita di ambang 2021, keadaan dijangka beransur pulih berdasarkan ramalan oleh organisasi-organisasi antarabangsa. Saya percaya bahawa persekitaran perniagaan akan bertambah baik dengan adanya kempen vaksin secara global dan juga kelonggaran langkah-langkah pembendungan wabak. Walau apa yang berlaku pada masa hadapan, saya yakin bahawa kaedah digitalisasi dalam menjalankan perdagangan akan terus bertapak kukuh di samping aktiviti fizikal. Akhir kata, saya menghargai kepercayaan oleh pihak kerajaan yang mengamanahkan saya sebagai Pengerusi MATRADE buat kali kedua. Saya akan terus komited untuk membawa perubahan positif kepada organisasi ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak berkepentingan, terutamanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahli Lembaga Pengarah dan semua kakitangan MATRADE di atas usaha padu dan kerjasama sepanjang 2020. Sekian, terima kasih. TAN SRI DR. HALIM MOHAMMAD Pengerusi MATRADE
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0