Laporan Tahunan 2020

MATRADE Laporan Tahunan 2020 130 Salah satu cabaran yang dihadapi oleh pengeksport adalah halangan perdagangan dari segi tarif dan bukan tarif yang dikenakan oleh negara- negara lain. Halangan tarif merupakan satu bentuk halangan dari negara pengimport yang akan mengakibatkan kos import lebih tinggi berbanding kos barangan yang dihasilkan dalam negara tersebut, manakala halangan bukan tarif adalah dalam bentuk peraturan yang perlu dipatuhi bagi mengakses pasaran negara berikut. Kedua-dua bentuk PENGANALISAAN HALANGAN PERDAGANGAN BAGI MEMUDAHCARA AKSES PASARAN halangan ini akan menyebabkan kenaikan kos barangan buatan Malaysia seterusnya mengakibatkan syarikat-syarikat Malaysia menjadi kurang berdaya saing. Halangan tarif adalah dikenakan secara sama rata oleh negara pengimport dan dapat ditangani dengan perjanjian perdagangan dua hala seperti Perjanjian Perdagangan Bebas, manakala, halangan bukan tarif berbeza mengikut ketetapan negara pengimport. Bagi tahun 2020, halangan bukan tarif terhadap barangan Malaysia dikategorikan sebagai halangan kebiasaan, antaranya seperti pelabelan barangan, ramuan makanan dan minuman, sanitari dan fitosanitari produk asas tani serta halangan eksport bagi produk berasaskan daging. Halangan spesifik merupakan halangan yang dikenakan atas barangan dari kategori tertentu seperti barangan elektrik, kimia dan produk halal, serta barangan siap. Pandemik COVID-19 juga menyebabkan terdapatnya beberapa halangan terhadap pengimportan barangan di negara-negara tertentu seperti peraturan rentas sempadan yang lebih ketat. Dengan adanya penganalisaan ke atas keseluruhan jenis-jenis halangan yang boleh merencatkan akses pasaran dan perkembangan eksport bagi barangan buatan Malaysia, MATRADE berupaya menasihati para pengeksport Malaysia mengenai peraturan di negara-negara tertentu supaya mereka mendapat pengetahuan yang lebih tepat sebelum mengeksport ke negara berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0