Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Pengurusan, Integriti, Audit Dalaman dan Perancangan Strategik 131 01 02 03 04 05 MATRADE sentiasa meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan dengan memberi tumpuan kepada keberkesanan komunikasi. Penambahbaikan sistem komunikasi yang berkesan bukan sahaja tertumpu kepada sistem dan proses kerja, malah meningkatkan jalinan hubungan antara organisasi dengan pelanggan serta pemegang taruh. Pelbagai langkah dan program telah dirancang dan dilaksanakan oleh MATRADE untuk memenuhi kehendak dan jangkaan pelanggan yang semakin meningkat. Pelbagai inisiatif perhubungan awam (PR) telah dilaksanakan seperti sidang media dan siaran akhbar untuk media tempatan dan antarabangsa bagi program promosi eksport dan pembangunan pengeksport. Aktiviti promosi di media sosial turut dititikberatkan seperti Twitter, LinkedIn, Facebook, Instagram dan YouTube. The Star Outstanding Business Award (SOBA) Bagi memperkukuhkan jenama MATRADE, MATRADE telah bekerjasama dengan media The Star sejak tahun 2016 sebagai rakan promosi perdagangan rasmi bagi program Star Outstanding Business Award (SOBA). Program ini bertujuan memberikan pengiktirafan kepada komuniti perniagaan di Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara. Program ini membolehkan MATRADE menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pihak media dan PKS KOMUNIKASI STRATEGIK dari pelbagai industri. Ia merupakan satu platform yang sangat baik untuk berinteraksi dengan lebih banyak lagi PKS bagi memberikan pendedahan mengenai fungsi dan peranan MATRADE dalam mempromosikan eksport negara sekali gus menggalakkan mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa. Anugerah Kecemerlangan Eksport (EEA) Tahun 2020 merupakan kali kedua MATRADE menjadi penaung kepada Anugerah Kecemerlangan Eksport (EEA) anjuran bersama The Star Media Group dan Standard Chartered. Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan kepada pengeksport Malaysia dan seterusnya membantu MATRADE untuk memberi inspirasi dan dorongan kepada syarikat supaya lebih berusaha bagi meningkatkan eksport negara. Anugerah Putra Brand MATRADE juga menyokong Anugerah Putra Brand yang dianjurkan oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As) bersama Malaysian Advertisers Association (MAA), Media Specialists dan Malaysian Digital Association. Sokongan padu MATRADE terhadap penganjuran anugerah ini adalah untuk menekankan kepentingan penjenamaan di kalangan pengeksport Malaysia dalam meningkatkan daya saing produk dan perkhidmatan mereka. Anugerah The BrandLaureate Pada tahun 2020, MATRADE telah menerima anugerah The BrandLaureate 2019 – 2020 di bawah kategori SMEs Strategic Business Partners of the Decade. Penganugerahan ini merupakan penghargaan kepada MATRADE atas semangat serta usaha gigih yang telah diberikan kepada syarikat Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0