Laporan Tahunan 2020

MATRADE Laporan Tahunan 2020 132 Dalam tahun 2020, “kelestarian” terus menjadi agenda utama di serata dunia, terutamanya di kalangan pengeksport kerana negara-negara lain telah mulai memberi penekanan ke atasnya justeru memberi impak kepada rantaian bekalan global. MATRADE merupakan agensi kerajaan pertama yang menerapkan program kesedaran untuk menggalakkan pengeksport Malaysia menerapkan nilai kelestarian di dalam perniagaan. Program ini yang dikenali sebagai Nilai Kelestarian Untuk Pengeksport (S.A.V.E) telah dirangka agar ia boleh diamalkan oleh pemegang taruh dalaman dan luaran. S.A.V.E merupakan penzahiran kepimpinan kami untuk mendesak penerapan kelestarian sejajar dengan agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh Bangsa Bangsa Bersatu yang membuka peluang kepada syarikat yang menerapkan amalan kelestarian di dalam perniagaan mereka. Penerapan nilai dan amalan kelestarian ini perlu di kalangan pengeksport Malaysia agar S.A.V.E (NILAI KELESTARIAN UNTUK PENGEKSPORT) produk dan perkhidmatan mereka adalah selari dengan objektif SDG untuk kekal relevan di dalam rantaian bekalan global. Program S.A.V.E juga sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan akan diterapkan secara berperingkat. Ia berfokus terhadap inisiatif pembinaan kapasiti untuk menangani masalah kurangnya kesedaran terhadap kelestarian perniagaan di kalangan pengeksport. MATRADE memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan CIMB Group Sdn Bhd pada 4 Februari 2020 untuk melaksanakan kolaborasi program latihan berkaitan S.A.V.E. Sesi webinar telah dianjurkan untuk membantu syarikat memahami konsep kelestarian dalam konteks pasaran global, merancang dan melaksanakan rancangan kelestarian serta meningkatkan keupayaan PKS dari aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Melalui kolaborasi ini, sebanyak 6 sesi latihan melalui webinar telah dianjurkan. MATRADE turut menerbitkan Mapping Malaysia’s Resource Centres (MMRC), sebuah direktori di bawah program Reverse Linkage bersama Islamic Development Bank (IsDB) untuk mempromosikan organisasi Malaysia. Ia merupakan Kerjasama Selatan- Selatan untuk menangani isu-isu pembangunan spesifik di negara- negara ahli IsDB. Ia membantu pencapaian kesefahaman di antara dua buah negara dengan melibatkan pemindahan dan penyaluran kepakaran, pengetahuan dan teknologi oleh negara pembekal kepada negara yang memerlukan perkhidmatan. Penyertaan Malaysia di dalam program ini dan penerbitan direktori MMRC merupakan sebahagian daripada usaha bersepadu untuk menggalakkan kelestarian dan meningkatkan kemakmuran di dalam konteks Kerjasama Selatan-Selatan. Kempen MATRADE GOES GREEN terus menjadi kempen dalaman yang berfokus menggalakkan warga kerja memahami bagaimana kelestarian boleh diamalkan di tempat kerja dan menjadikan MATRADE sebagai organisasi yang bersedia untuk menerapkan kelestarian melalui konsep kitar semula, penggunaan semula dan pengurangan serta penjimatan tenaga.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0