Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Pengurusan, Integriti, Audit Dalaman dan Perancangan Strategik 133 01 02 03 04 05 PORTAL MATRADE: MEMPROMOSIKAN PENGEKSPORT MALAYSIA SECARA ATAS TALIAN Sejajar dengan perkembangan era digital, MATRADE amat menitikberatkan penyediaan ekosistem IT yang efektif dan efisien kepada warga MATRADE dan komuniti perniagaan dalam memastikan kelancaran pengoperasiannya. Pelbagai usaha dilakukan berhubung perkara ini termasuklah melalui penggunaan portal MATRADE dan MyExport, pengenalan Projek Digital MATRADE serta penambahbaikan infrastruktur IT. Portal www.matrade.gov.my kekal sebagai saluran utama untuk komuniti perniagaan Malaysia mendapatkan maklumat berkaitan perdagangan di samping pengimport pula dapat memperoleh maklumat produk dan perkhidmatan Malaysia. Dengan lebih daripada 635,000 pengunjung dan paparan halaman 4.8 juta pada tahun 2020, portal MATRADE terus menjadi medium digital untuk mempromosikan eksport Malaysia. Halaman yang paling banyak dilawati di portal MATRADE adalah Malaysia Products/ Services Directory, Malaysian Brands, Beginner's Guide to Exporting, Malaysia Your Business Partner, dan Malaysia's Trade Statistics. Malaysia Products/ Services Directory kekal sebagai halaman paling popular yang dikunjungi dengan 141,302 pelawat, yang merupakan peningkatan 22% daripada tahun 2019. Antara negara yang kerap mengakses portal MATRADE ialah Amerika Syarikat, Singapura, India, China, Jepun, Indonesia, United Kingdom, Hong Kong dan Turki. PEMACUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0