Laporan Tahunan 2020
MATRADE Laporan Tahunan 2020 134 MATRADE terus mempromosikan perkhidmatan digital MyExport, iaitu perkhidmatan dalam talian yang membolehkan pengeksport Malaysia yang berdaftar sebagai ahli dengan MATRADE untuk mengakses risikan pasaran yang eksklusif melalui platform digital. Pada tahun 2020, MyExport menjadi lebih relevan dalam situasi pandemik COVID-19. Dengan adanya MyExport, pengeksport Malaysia dapat mengakses maklumat perdagangan dan peluang perniagaan secara dalam talian. Pada tahun 2020, MyExport telah menyiarkan 3,177 pertanyaan perdagangan dan 899 makluman pasaran. Makluman pasaran dan peluang perniagaan ini disediakan oleh 46 pejabat Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di seluruh dunia. Semasa berlakunya wabak ini, produk perubatan termasuk sarung tangan perubatan dan pelitup muka mendahului senarai, selain produk makanan, barangan komponen elektrik dan elektronik, farmasi, kosmetik dan minuman. Pertanyaan perdagangan telah diterima dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Amerika Latin, Eropah, India, Afrika, selain negara- negara ASEAN. MYEKSPORT: PERKHIDMATAN DIGITAL MATRADE MyExport telah dianugerahkan sebagai pemenang tempat ketiga Anugerah World Trade Promotion Organisation (WTPO) 2020 di bawah kategori “Best Use of Technology” oleh Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC), Geneva. Pengiktirafan ini mendorong MATRADE untuk terus meningkatkan dan menyediakan lebih banyak perkhidmatan digital pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada inisiatif pendigitalan MATRADE untuk kepentingan komuniti pengeksport Malaysia.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0