Laporan Tahunan 2020

Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Pengurusan, Integriti, Audit Dalaman dan Perancangan Strategik 135 01 02 03 04 05 Berdasarkan faedah-faedah yang dikenalpasti, antaranya penjimatan kos serta pengoperasian sistem IT yang lebih efisien, MATRADE telah menambah lima unit pelayan kepada 15 unit keseluruhannya bagi menampung lebih 80 unit pelayan maya. Jumlah ini dijangka bertambah pada tahun 2021 apabila pewujudan sistem aplikasi dan portal baharu memasuki fasa pembangunan dan pelaksanaan. Selaras dengan peningkatan kapasiti storan, sistem sandaran turut ditambah baik. Pelayan pangkalan data utama juga ditingkatkan dari segi saiz storan, versi dan reka bentuk bagi menjamin ketersediaan sistem IT. Usaha pendigitalan MATRADE adalah bertepatan dengan hasrat MATRADE sebagai agensi promosi perdagangan negara untuk memiliki sistem maklumat perdagangan yang komprehensif dan bersepadu dalam menyokong proses pembuatan keputusan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan dan cekap. PENINGKATAN SUMBER PENGKOMPUTERAN DIGITAL MATRADE Projek Digital MATRADE Pakej 3 yang merupakan kesinambungan daripada Projek Digital MATRADE sebelum ini, menumpukan kepada pembangunan sistem aplikasi yang terdiri daripada Sistem Maklumat Perdagangan (Trade Information System) , Sistem Pengurusan Bakat (Talent Management System), Sistem Pengurusan KPI (KPI Management System) , Portal Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Portal) dan Peningkatan Portal MATRADE. Kesemua sistem aplikasi ini dijangka beroperasi pada bulan Mac 2022. Melalui sistem-sistem yang dibangunkan, fokus diberikan kepada mendigitalkan proses utama dan mengintegrasikan maklumat di seluruh bahagian melalui proses kerja yang cekap dan telus serta menggalakkan semangat kerja berpasukan di MATRADE. Selain daripada menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan dalam talian secara hujung ke hujung (end- to-end) kepada pengguna dalaman dan luaran MATRADE, pelaksanaan program pengurusan perubahan turut dirangka dan dilaksanakan secara menyeluruh kepada warga MATRADE bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan digunakan sepenuhnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0