Laporan Tahunan 2020

Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Pengurusan, Integriti, Audit Dalaman dan Perancangan Strategik 137 01 02 03 04 05 Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai IT, sebanyak 16 latihan telah dilaksanakan yang melibatkan bidang kompetensi seperti pengurusan rangkaian ICT, pembangunan sistem, pengurusan pangkalan data dan analitik data. Seramai tujuh pegawai IT juga telah berjaya mendapat pensijilan bagi pengurusan rangkaian, keselamatan rangkaian dan analitik data. Dua perkhidmatan IT yang disenaraikan di bawah MS ISO 9001:2015 iaitu Pengurusan IT Berkaitan Aktiviti Galakan Eksport dan Pengendalian Aduan Sistem IT telah berjaya mengekalkan pencapaian Laporan Ketidakpatuhan Sifar (NCR). Pencapaian ini secara tidak langsung turut membantu MATRADE untuk mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015. PENINGKATAN KOMPETENSI DAN PEMBUDAYAAN ICT PEMATUHAN MS ISO 9001: 2015 Pembudayaan ICT juga telah dilaksanakan yang melibatkan aktiviti kesedaran dan latihan bagi menggalakkan warga MATRADE untuk menggunakan ICT. Sebanyak 13 latihan merangkumi penggunaan sistem aplikasi dan visualisasi data telah dianjurkan dan dihadiri oleh 190 peserta.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0