Laporan Tahunan 2020

MATRADE Laporan Tahunan 2020 14 Prestasi Perdagangan Sejarah akan memperingati tahun 2020 sebagai tahun yang lain dari yang lain. Dalam tempoh hanya beberapa bulan, COVID-19 telah melumpuhkan dunia dan meninggalkan kesan terhadap perdagangan dan kemakmuran ekonomi global. Dengan sekelip mata, keyakinan industri telah terkesan. Menjelang Mac 2020, pandemik ini mulai menjejaskan gaya hidup, kesihatan awam dan status ekonomi negara-negara di seluruh dunia. Penjarakan sosial, peralatan perlindungan diri dan kawalan pergerakan mulai menjadi norma. Berikutan pembukaan ekonomi yang progresif dan pemulihan permintaan luaran secara beransur-ansur, eksport Malaysia melonjak semula pada separuh kedua tahun 2020 berbanding pertumbuhan negatif pada separuh tahun pertama. Pada tahun 2020, Pertubuhan Perdagangan Dunia meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan ke-25 utama dunia, pengeksport ke-24 terbesar dan pengimport ke-26 terbesar. Apa yang Kami Lakukan dalam Tahun 2020 MATRADE telah menjalankan satu kaji selidik pada April 2020 dengan respon diterima daripada lebih 1,200 perniagaan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Hasil dari kaji selidik ini mendapati perniagaan terjejas teruk akibat pembatalan kontrak dan pesanan menyebabkan kehilangan pendapatan. Sebagai tindakan balas, MATRADE telah memanfaatkan transformasi digital yang telahpun diterapkan lebih awal dalam menyalurkan keupayaan organisasi dan teknikal, untuk menyokong perniagaan menguruskan usaha promosi eksport mereka dengan kadar segera. Sebelum pandemik, MATRADE menganjurkan inisiatif yang dinamakan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) iaitu sesi padanan perniagaan (B2B) di antara pembeli dari serata dunia dengan pengeksport Malaysia. Kini, kami telah mengubah platform pertemuan fizikal B2B terbabit kepada format maya yang diberi nama eBizMatch. Format maya ini berjaya digunakan secara efektif oleh pembekal dan pembeli untuk meneruskan mesyuarat perniagaan sewaktu sekatan perjalanan dikenakan. MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Meskipun dilanda pandemik, eksport Malaysia hanya menurun secara marginal sebanyak 1.1% kepada RM983.83 bilion berbanding tahun sebelumnya, sementara import pula menguncup sebanyak 5.8% kepada RM800.48 bilion. Jumlah perdagangan tahun 2020 dinilai pada RM1.784 trilion, iaitu berkurangan sebanyak 3.3%. Lebihan dagangan merekodkan angka tertinggi setakat ini sehingga mencecah RM183.35 bilion, iaitu lebihan dagangan yang ke-23 tahun berturut-turut sejak 1998. Prestasi perdagangan adalah setanding dengan negara serantau terutamanya Indonesia, Singapura, Thailand, Republik Korea, Jepun dan India.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0