Laporan Tahunan 2020

Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Organisasi MATRADE 17 01 02 03 04 05 Meneruskan Kecemerlangan Perkhidmatan Di kala ekonomi di serata dunia mulai melangkah ke hadapan dengan cermat, kecenderungan mengambil langkah-langkah inventif dan usaha- usaha mencari titik keseragaman baharu dalam perniagaan dan perdagangan semakin dipergiatkan. Ketika trend ini mencapai momentum, aktiviti perdagangan turut membangun berdasarkan kerangka baharu. Pendirian MATRADE yang adaptif terhadap perubahan proses teknologi dan digital dalam menjalankan operasi adalah selaras dengan norma baharu. Ini telah mendorong perniagaan tempatan menjadi lebih efektif dan kekal terhubung dengan pasaran global. Komuniti perniagaan telah mendapat manfaat dari inisiatif ini yang akan terus menjadi amalan pada tahun- tahun mendatang. Pada tahun 2021, pandemik COVID-19 dijangka akan terus memberi kesan kepada perdagangan global, dan pada masa yang sama mempengaruhi prestasi perdagangan luar Malaysia. Namun begitu, MATRADE akan terus melaksanakan mandat kami melalui pengukuhan pelbagai inisiatif dengan mengambil kira sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan di seluruh dunia. MATRADE akan memanfaatkan rangkaian 46 pejabat luar negara untuk menghubungkan syarikat Malaysia dengan pengimport melalui saluran digital. Program seperti MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAHARU MATRADE eBizMatch, pameran maya, webinar dan eTrade akan terus menjadi keutamaan dalam usaha promosi perdagangan, di samping inisiatif sedia ada berkaitan dengan penyebaran risikan pasaran menerusi MyExport, EFM dan MATRADE's Insight. Melangkah ke hadapan, agenda kelestarian adalah inisiatif lain yang turut dipelopori oleh MATRADE. Kelestarian adalah topik utama di persada antarabangsa, terutamanya di kalangan pengeksport di mana negara-negara lain mulai memberi penekanan terhadapnya dalam regulasi perdagangan dan pematuhan. Di MATRADE, agenda kelestarian telah lama diterapkan dalam usaha memelihara alam sekitar dan meningkatkan daya saing pengeksport untuk menjamin kelangsungan perniagaan mereka. MATRADE sentiasa bersedia menangani apa jua cabaran seiring dengan perubahan arus. Kami telah berulang kali membuktikan kemampuan untuk mengadaptasi dengan baik dalam keadaan yang mencabar. Kejayaan MATRADE untuk menyesuaikan diri dengan segera dan menumpukan usaha untuk melangkah ke hadapan dalam tahun 2020 adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Kami akan terus memenuhi harapan negara terutamanya komuniti perdagangan tempatan untuk meningkatkan eksport. Apa jua keadaan sekalipun, usaha mesti diteruskan. MOHD MUSTAFA ABDUL AZIZ Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE (mulai 25 Disember 2020)

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0