Laporan Tahunan 2020
Fokus utama MATRADE pada tahun 2020 adalah untuk melestarikan eksport dengan membantu syarikat meneruskan aktiviti berkaitan eksport sepanjang penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Dalam konteks ini, MATRADE telah melaksanakan mandatnya untuk terus menjadikan Malaysia sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. MATRADE telah memanfaatkan usaha digitalisasi dan menggunakan kaedah alternatif dalam segala penganjuran MEMACU EKSPORT DALAM NORMA BAHARU LAPORAN TAHUNAN 2020 program. Program MATRADE adalah berpaksikan kepada empat teras utama iaitu pembangunan keupayaan pengeksport, penggalakan eksport, penyebaran maklumat perdagangan dan penyediaan khidmat nasihat serta sokongan. Dalam suasana perdagangan dan ekonomi global yang mencabar ini, MATRADE akan terus berusaha meneroka peluang dan kaedah baharu khususnya dalam transformasi digital dengan memberi penekanan terhadap aspek kelestarian dan pertumbuhan jangka panjang.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0