Laporan Tahunan 2020
38 MATRADE Laporan Tahunan 2020 Oceania Pada 2020, perdagangan dengan Oceania yang mewakili 3% daripada jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 15.1% kepada RM53.59 bilion berbanding tahun 2019. Australia merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di Oceania, dengan syer sebanyak 82.2%, diikuti oleh New Zealand (12.9%) dan Papua New Guinea (3.5%). Eksport ke rantau ini turun 16.4% kepada RM29.83 bilion, berikutan eksport petroleum mentah, keluaran petroleum dan barangan E&E yang lebih rendah. Barangan eksport utama adalah petroleum mentah yang mewakili 20.1% syer daripada jumlah eksport Malaysia ke Oceania, diikuti oleh keluaran petroleum (15.1%) dan barangan E&E (14.3%). Import dari Oceania turun 13.3% kepada RM23.75 bilion. Barangan utama import adalah LNG, bijih logam dan serpihan logam serta barangan makanan diproses. Australia juga merupakan pasaran eksport terbesar di rantau ini, mewakili 81.7% syer ataupun RM24.36 bilion, berkurang 14.4% berikutan pengurangan eksport petroleum mentah, barangan E&E serta keluaran petroleum. Barangan eksport utama ke Australia adalah petroleum mentah (20.8% syer), keluaran petroleum (16.8%) dan barangan E&E (15.2%). Import dari Australia menyusut 15.6% kepada RM19.69 bilion. Barangan import utama adalah LNG, bijih logam dan serpihan logam serta barangan perkilangan logam. Rakan Dagang Utama Australia New Zealand Papua New Guinea Import RM23.75 bilion 13.3% Jumlah Perdagangan RM53.59 bilion 15.1% Eksport RM29.83 bilion 16.4% Barangan Eksport Utama Barangan E&E Keluaran Petroleum Petroleum Mentah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0