Laporan Tahunan 2020

MATRADE Laporan Tahunan 2020 74 KAUNTER INFORMASI MATRADE melalui pejabat di luar negara juga menyertai pameran perdagangan antarabangsa dalam bentuk kaunter informasi untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan syarikat Malaysia. Semasa penyertaan ini, MATRADE menguar- uarkan keupayaan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa dan menerima pertanyaan perdagangan yang kemudiannya akan disalurkan kepada syarikat Malaysia yang berkenaan. Di samping itu, MATRADE akan mengatur sesi padanan perniagaan sekiranya terdapat permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan Malaysia. MATRADE telah menyertai pameran 40th GITEX Technology Week 2020 pada 6 hingga 10 Disember 2020 di Dubai, UAE melalui kaunter informasi untuk mempromosikan kemampuan syarikat ICT Malaysia. GITEX merupakan pameran dan persidangan terbesar di Timur Tengah bagi produk elektronik pengguna dan teknologi komunikasi maklumat. MATRADE telah menerima sebanyak 45 pertanyaan perdagangan mengenai penawaran perkhidmatan oleh syarikat Malaysia seperti e-dagang, sistem pertanian pintar, aplikasi pengurusan kedatangan, aplikasi dron dan lain-lain sepanjang pameran tersebut. 45 pertanyaan perdagangan diterima Pavilion Malaysia di GITEX Technology Week telah menarik minat pengunjung Sektor Elektrik & Elektronik, ICT, Jentera & Peralatan 40th GITEX Technology Week 2020 Dubai, UAE 6 - 10 Disember 2020

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0