Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Matlamat Teras MATRADE 75 01 02 03 04 05 PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ditandatangani oleh Malaysia sebagai salah satu kaedah terbaik untuk membuka pasaran luar negara bagi produk dan perkhidmatan Malaysia. FTA adalah perjanjian antara dua atau lebih negara di mana negara yang terlibat diberi akses keutamaan dalam pasaran. Setiap negara rakan FTA akan menawarkan kelonggaran, insentif atau kemudahan kepada satu sama lain bagi tujuan perdagangan, pelaburan, penyediaan perkhidmatan serta kerjasama ekonomi. Setakat ini, Malaysia telah menandatangani 16 FTA dan telah melaksanakan 14 FTA. Tujuh daripadanya merupakan perjanjian dua hala dengan Australia, Chile, India, Jepun, New Zealand, Pakistan dan Turki. Semua perjanjian dua hala ini telah dikuatkuasakan. Malaysia turut menandatangani tujuh FTA serantau melalui Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dengan Australia, China, Hong Kong SAR, Jepun, India, New Zealand dan Republik Korea (ROK). Malaysia juga telah menandatangani Comprehensive and Progressive Agreement for Trans- Pacific Partnership (CPTPP) pada 2018 dan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) pada 2020, namun kedua-dua perjanjian tersebut masih belum berkuatkuasa. RCEP merangkumi negara-negara ASEAN dan lima rakan dagang iaitu Australia, China, Jepun, ROK dan New Zealand. FTA membolehkan pengeksport Malaysia mendapat akses keutamaan ke pasaran negara-negara yang terlibat. FTA juga mempertingkatkan daya saing pengeksport Malaysia melalui penjimatan kos daripada pengurangan atau penghapusan tarif dan halangan bukan tarif serta liberalisasi dalam peraturan dan prosedur perdagangan. Bagi sektor perkhidmatan pula, FTA menyediakan akses pasaran yang lebih baik untuk pelbagai perkhidmatan komersial dan profesional dan juga memudahkan pelabur Malaysia untuk melabur ke negara rakan FTA. Menyedari keistimewaan dan kemudahan yang ditawarkan oleh FTA, MATRADE bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk memastikan pengeksport Malaysia mendapat maklumat lengkap mengenai manfaat penggunaan FTA. Pada 2020, dagangan Malaysia dengan rakan FTA mencatat 66.7% dari jumlah dagangan negara (RM1.190 trilion) dan 68.0% jumlah eksport negara (RM669.40 bilion). Dagangan Malaysia dengan rakan FTA mencatat 66.7% dari jumlah dagangan negara (RM1.190 trilion) 68.0% jumlah eksport negara (RM669.40 bilion)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0