Laporan Tahunan 2020

MATRADE Laporan Tahunan 2020 78 MATLAMAT 2 MENDIGITALISASIKAN EKSPORT MATRADE turut memberi tumpuan terhadap usaha memacu perdagangan elektronik (eDagang) rentas sempadan bagi memastikan eksport Malaysia kekal kompetitif. MATRADE telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi mencapai matlamat ini, iaitu menerusi kerjasama serantau, kerjasama antara kementerian dan agensi kerajaan serta kolaborasi bersama pemain industri. Pandemik COVID-19 telah memberi lebih kesedaran kepada komuniti perniagaan untuk meneroka strategi baharu bagi berinteraksi dengan pelanggan dan memudahkan proses urus niaga. Komuniti perniagaan telah bertindak balas dengan meningkatkan penggunaan eDagang sebagai strategi yang semakin relevan dan berkesan. Dalam situasi baharu yang tidak disangka ini, MATRADE telah menggandakan usaha menggalakkan penerapan eDagang di kalangan komuniti perniagaan serta memperkukuhkan hubungan rangkaian ekosistem eDagang di peringkat domestik dan antarabangsa bagi mempertingkatkan akses pasaran global.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0