Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Matlamat Teras MATRADE 79 01 02 03 04 05 Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) yang merupakan kerjasama tiga negara bertujuan mentransformasi ekonomi yang berpotensi bagi menggalakkan perdagangan rentas sempadan. IMT-GT juga mempunyai agenda eDagang. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), sebagai urus setia bertanggungjawab membangunkan sebuah portal khas bagi platform eDagang setiap negara yang dihoskan di laman web IMT-GT (http:// imtgt.org/imt- gt-e-commerce). Menerusi portal ini, PKS dan usahawan mikro dapat memasarkan barangan dan perkhidmatan mereka ke negara- negara IMT-GT secara dalam talian. Modul latihan juga disediakan untuk memperlengkapkan PKS dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan eDagang. Pelancaran platform eDagang yang boleh diakses menerusi portal IMT-GT dijadualkan pada suku kedua tahun 2021. MATRADE telah memainkan peranan yang aktif di dalam Pasukan Pelaksanaan Projek Pembangunan Platform eDagang yang juga bertujuan meningkatkan penggunaan eDagang di kalangan PKS dan usahawan mikro negara. KERJASAMA DAN KOLABORASI eDAGANG ASEAN Online Sales Day Di bawah payung MITI, MATRADE dan MDEC telah berganding bahu dengan ASEAN Coordinating Committee on eCommerce (ACCEC) dalam menganjurkan ASEAN Online Sales Day pada 8 Ogos 2020, yang bertujuan membantu PKS Malaysia meningkatkan eksport serta mempromosi produk dan perkhidmatan masing-masing menerusi eDagang ke seluruh negara ASEAN. Sebanyak enam buah negara telah turut serta dalam kempen ini iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0