Laporan Tahunan 2020
MATRADE Laporan Tahunan 2020 80 Pada tahun 2020, MATRADE telah bekerjasama dengan beberapa Kementerian dan Agensi Kerajaan dalam menjalankan inisiatif menggalakkan perdagangan rentas sempadan menerusi eDagang, khususnya semasa pandemik COVID-19, seperti berikut: KERJASAMA MATRADE DENGAN KEMENTERIAN DAN AGENSI KERAJAAN Program Padanan Perniagaan (eSSP @ eKUD 2020 ) Dalam melaksanakan resolusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (MTSHN), MATRADE di bawah Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan eDagang (NACE) telah bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengadakan Program Padanan Perniagaan atau eSeller Sourcing Program (eSSP@eKUD2020) bersempena dengan Karnival Usahawan Desa 2020 (eKUD) pada 2 hingga 4 Disember 2020. Karnival ini telah diadakan buat pertama kali secara maya semasa pandemik COVID-19. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan eksport menerusi eDagang di kalangan PKS tempatan termasuk usahawan mikro luar bandar. Di samping itu, tahap kesedaran dan kepercayaan mengenai kelebihan eDagang sebagai medium pemasaran yang kos efisien dan efektif, dapat dipertingkatkan di kalangan PKS tempatan. MATRADE berperanan dalam memadankan tiga pemain industri eDagang, yang terdiri daripada eSellers dan platform e-dagang B2B/ B2C, dengan 12 syarikat pengeksport di bawah Program Rural2Global yang dikendalikan oleh pihak KPLB. Hasil daripadanya adalah seperti berikut: Program eSWAT Program eSWAT merupakan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan meningkatkan penglibatan PKS dalam eDagang. MATRADE telah bekerjasama dengan MDEC bagi mengenalpasti 13 syarikat termasuk sembilan pengeksport di bawah Program Pembangunan Kapasiti Pengeksport dan BWYEDP anjuran MATRADE, untuk menyertai projek perintis ini yang bermula pada Oktober 2020 hingga Mac 2021. PKS mendapat manfaat menerusi program tech-talent bagi mempromosi produk menerusi kaedah pemasaran digital dalam platform Shopee Malaysia dan Shopee Singapura. 12 3 17 Jumlah Potensi Jualan RM5.9 juta Syarikat pengeksport di bawah Program Rural2Global (KPLB) Padanan Perniagaan Pemain Industri eDagang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE bersama salah satu syarikat program eSWAT
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0