Laporan Tahunan 2020

Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Matlamat Teras MATRADE 81 01 02 03 04 05 Di kalangan pemain industri, MATRADE telah bekerjasama dengan beberapa platform eDagang bagi tujuan eksport dengan menganjurkan webinar dan kempen eDagang seperti berikut: KOLABORASI DENGAN PEMAIN INDUSTRI Global Shoppers Malaysia melalui platform Blibli.com dan Bukalapak Dropee Alibaba Group Objektif webinar adalah untuk memberi penerangan dan pengetahuan mengenai bagaimana pengeksport Malaysia dapat menembusi pasaran. 55 Buah Syarikat Malaysia 183 peserta telah berdaftar dengan platform Blibli.com MATRADE telah bekerjasama dengan Alibaba Group dalam penganjuran Malaysia Week Campaign buat kali ketiga pada 9 hingga 18 September 2020. Kempen ini yang turut disokong oleh MITI, MAFI, Tourism Malaysia dan FAMA telah memperkenalkan 200 jenama dan 600 produk Malaysia kepada pengguna-pengguna di China. Ianya dilaksanakan secara maya ekoran daripada pandemik COVID-19 dan telah mencatatkan penyertaan seramai 1.7 juta penonton ketika upacara perasmian. Kempen ini juga telah dilaksanakan menerusi platform- platform Alibaba Group seperti Tmall, Taobao Live, Juhuasuan, Fliggy dan Freshippo. Kerjasama dengan Alibaba Group telah membantu syarikat-syarikat Malaysia mengembangkan perniagaan, seterusnya menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam menembusi pasaran eksport secara maya. Objektif: Untuk berkongsi amalan terbaik dalam mengubah krisis kepada peluang yang perlu direbut. 70 peserta telah menyertai webinar ini

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0