Perutusan Pengerusi
Tahun 2013 mencatatkan satu kejayaan penting bagi
MATRADE kerana tahun ini merupakan ulangtahun
ke-20 agensi ini ditubuhkan. Mengimbas kembali,
semasa MATRADE diperbadankan pada tahun
1993, misinya adalah untuk menjana pertumbuhan
eksport produk tambah nilai Malaysia. Pada masa
itu, organisasi ini dianggotai oleh kurang daripada
100 orang di mana 35 peratus telah dipinjamkan
daripada kementerian dan agensi-agensi lain. Tidak
ramai yang mengenali MATRADE. Jumlah eksport
pada tahun 1993 bernilai RM121.24 bilion. Dua dekad
kemudian, jumlah eksport telah berkembang enam
kali ganda. Pada tahun 2013, MATRADE mempunyai
tenaga kerja seramai 619 orang dengan 43 rangkaian
pejabat di seluruh dunia. Kini ianya merupakan
organisasi promosi perdagangan antarabangsa yang
semakin dikenali. Misinya kini merangkumi hampir
semua sektor, sama ada sektor perkilangan ataupun
perkhidmatan.
Dalam mengembangkan kedudukan eksport Malaysia
di arena global, MATRADE telah mengharungi
berbagai cabaran dan 2013 merupakan antara tahun
yang paling mencabar. Sebagai sebuah ekonomi
terbuka, Malaysia terdedah kepada perubahan yang
LAPORAN TAHUNAN 2013
Perutusan Pengerusi
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
005
004
berterusan dalam ekonomi dunia. Kemerosotan
berpanjangan dalam persekitaran luar akibat daripada
krisis zon Euro, pemulihan ekonomi yang perlahan
di Amerika Syarikat dan China telah menjejaskan
ekonomi negara-negara lain, termasuk Malaysia.
Situasi ini dapat digambarkan dalam pertumbuhan
eksport dunia, yang merosot daripada 3.1% pada
tahun 2012 kepada 2.3% pada tahun 2013
Bagi tempoh separuh tahun pertama 2013, eksport
Malaysia adalah tidak begitu menggalakkan.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang
memberangsangkan pada separuh tahun kedua
sebanyak 8.9% telah berjaya melonjakkan eksport
negara sehingga mencatat pertumbuhan 2.4% pada
tahun berkenaan. ASEAN mendahului pertumbuhan
pada tahun 2013, dengan Singapura sebagai destinasi
eksport terbesar, diikuti oleh Thailand dan Indonesia.
Pemulihan ekonomi di zon Euro telah membawa
kepada peningkatan eksport di kesemua pasaran
utama di Kesatuan Eropah. Di samping itu, permintaan
yang menggalakkan bagi produk dan perkhidmatan
Malaysia di pasaran baru dan membangun di Afrika
dan juga Asia Selatan dan Barat telah menyumbang
kepada prestasi eksport secara keseluruhannya.
Perutusan Pengerusi
Tahun 2013 juga merupakan tahun ke-16 berturut-
turut sejak tahun 1998, di mana Malaysia telah
mencatatkan lebihan dagangan RM70.63 bilion.
China kekal sebagai rakan dagangan terbesar dengan
syer sebanyak 14.8% daripada jumlah perdagangan
Malaysia, diikuti oleh Singapura dengan 13.2%, Jepun
9.9%, Amerika Syarikat 8% dan Thailand 5.7%.
Persekitaran perniagaan yang dinamik hari ini
memerlukan usahawan untuk kekal berdaya saing
serta menyesuaikan diri dengan perubahan dalam
persekitaran perdagangan antarabangsa. Dalam
usaha meningkatkan keupayaan pengeksport,
MATRADE telah menganjurkan sebanyak 98 program
pembangunan pengeksport yang disasarkan kepada
pengeksport. Program ini telah memanfaatkan
seramai 5,057 wakil daripada 3,634 syarikat. Di
samping itu, MATRADE terus bekerjasama dengan
MITI dan agensi-agensinya dalam memberi kesedaran
mengenai manfaat Perjanjian Perdagangan Bebas
(FTA)
Pada tahun 2013, sebanyak 107 program promosi
telah dianjurkan oleh MATRADE. Sukacita saya
memaklumkan bahawa program-program ini,
termasuk pameran perdagangan antarabangsa,
misi pemasaran khusus dan misi belian ke Malaysia
telah berjaya menjana jualan berjumlah RM18.46
bilion. Saya juga berpendapat bahawa dua acara
antarabangsa ikonik yang diadakan di negara ini harus
diberikan tumpuan. Acara-acara ini adalah MIHAS
dan INTRADE 2013 yang menarik ribuan pengunjung
dan pembeli dari berbagai negara. Kedua-dua
acara perdagangan ini merupakan platform bagi
menjenamakan produk dan perkhidmatan Malaysia
kepada dunia. Bagi MIHAS ke-10, jualan yang telah
dijanakan hampir RM800 juta manakala INTRADE
ke-7 berjaya memperolehi jualan bernilai RM235.8
juta.
Sesungguhnya, program promosi MATRADE tidak
terhad kepada produk sahaja, tetapi termasuk juga
sektor perkhidmatan. Sektor perkhidmatan telah
berkembang dengan pesatnya di Malaysia dan untuk
mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia di pasaran
global, MATRADE telah menganjurkan sebanyak
11 Pameran Perkhidmatan Malaysia (MSE) pada
tahun 2013. MSE telah dianjurkan di Qatar, Algeria,
Kazakhstan, Kemboja, Myanmar, Tatarstan, China,
Iraq, Chile & Brazil, Indonesia dan New Zealand. Saya
amat berbangga dengan penyertaan syarikat Malaysia
di MSE ini yang telah berjaya menjana jualan dan
peluang perniagaan bernilai RM1.68 bilion.
Satu lagi inisiatif untuk mempromosikan jenama
Malaysia di luar negara adalah Malaysia Kitchen
Programme (MKP). Antara acara kemuncak program
MKP pada tahun 2013 adalah Malaysia Night di
Trafalgar Square, Promosi Bersama Minggu Malaysia
dengan 200 kedai 7-Eleven di Beijing dan Tianjin
dan juga program promosi bersama dengan kedai
Parkson di Shanghai, Beijing, Dalian dan Heilongjiang,
kesemuanya di negara China.
Pemasaran secara atas talian dan internet telah
terbukti sebagai kaedah yang berkesan bagi
mempromosikan produk dan perkhidmatan Malaysia.
Untuk memaksimakan peluang ini, MATRADE
telah memperkenalkan e-direktori dalam portal
bertujuan untuk menggalakkan pengeksport Malaysia
mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka
secara atas talian.
Hasil kejayaan aktiviti promosi MATRADE pada tahun
2013 dapat dilihat dalam prestasi eksport bagi suku
pertama tahun 2014. Eksport meningkat sebanyak
10.9% berbanding tempoh yang sama tahun
sebelumnya dengan mencatatkan nilai RM187.91
bilion.
Tinjauan Bagi 2014
Laporan
The Global Economic Prospects
oleh Bank
Dunia meramalkan ekonomi dunia akan semakin
kukuh pada 2014. Lima tahun selepas krisis
kewangan global, ekonomi dunia menunjukkan
tanda-tanda pemulihan pada tahun 2014. Walaupun
zon Euro dan Amerika Syarikat dijangka pulih, namun
pemulihan ekonomi di kedua-dua ekonomi utama ini
dijangka masih perlahan. Oleh itu, MATRADE akan
terus melaksanakan program promosi eksport secara
agresif untuk mengekalkan pertumbuhan eksport
negara.
Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada
Lembaga Pengarah MATRADE atas sumbangan
mereka. Saya juga ingin menyatakan penghargaan
saya kepada pengurusan dan kakitangan MATRADE
atas komitmen serta sumbangan dalam meningkatkan
pertumbuhan eksport negara .
Dato’ Mah Siew Keong
Pengerusi
1,2-3,4-5 8-9,10-11,12-13,14-15,16-17,18-19,20-21,22-23,24-25,26-27,...260