Laporan Tahunan MATRADE 2022

LAPORAN TAHUNAN 2022 Ke Arah Masa Depan EKSPORT MAMPAN

ISSN 2462-1412 Oktober 2023 © Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Semua data perdagangan adalah data setakat yang dilaporkan sehingga xxxxxx oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Walau bagaimanapun segala usaha telah diambil untuk memastikan bahawa kandungan laporan tahunan adalah tepat dan terkini. MATRADE tidak bertanggungjawab atas sebarang ketinggalan, kesilapan atau pertikaian yang timbul daripada penggunaan maklumat yang diberikan. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem dapatan semula atau dihantar melalui apa-apa cara sama ada elektronik, mekanikal atau sebarang format tanpa persetujuan daripada penerbit. Bahagian Perancangan Strategik Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Menara MATRADE Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603 6207 7077 Faks: +603 6203 7037 Emel: info@matrade.gov.my Web: www.matrade.gov.my Facebook : MATRADE HQ LinkedIn : MATRADE Twitter : @matrade Youtube : MATRADE Instagram : @matrade_hq Tiktok : @matradehq Diterbitkan oleh: Unit Komunikasi Korporat MATRADE Seksyen Komunikasi Strategik Bahagian Perancangan Strategik Emel: communication@matrade.gov.my Penaung : Ketua Penyunting : Penyunting Susun Atur & Reka Letak: Edaran : YBhg Datuk Mohd Mustafa Abd Aziz Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman Noor Hayati Abu Noh Chan Yik Sing Habibati Tohirah Md Noor Mohd Khairiazhar Mohd Riza Farrah Fadhilah Md. Arif Norazmal Mohamad

LAPORAN TAHUNAN Tahun 2022 menyaksikan MATRADE terus memacu usaha melonjakkan eksport dengan membantu syarikat memanfaatkan inisiatif digitalisasi di dalam norma baharu. Langkah ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dalam fasa pemulihan negara pasca COVID-19. MATRADE telah melaksanakan mandatnya untuk terus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. Program anjuran MATRADE adalah berpaksikan kepada empat (4) teras utama iaitu pembangunan keupayaan eksport, penggalakan eksport, penyebaran maklumat perdagangan dan penyediaan khidmat nasihat serta sokongan. KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN 2022

KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah sebuah agensi promosi perdagangan kebangsaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab untuk menempatkan Malaysia sebagai negara perdagangan global yang kompetitif. Ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992, misi utama adalah untuk mempromosikan perusahaan Malaysia ke pasaran dunia. Peranan MATRADE memikul tugas membangunkan perdagangan luar dengan memberi penekanan kepada eksport produk dan perkhidmatan. Ini bagi memastikan keupayaan syarikat Malaysia yang bersaing di peringkat antarabangsa terus mantap dan menjadikan ungkapan Made in Malaysia for the World sebagai satu kebanggaan. Untuk tujuan itu, MATRADE merangka dan melaksanakan strategi pemasaran dengan menyediakan latihan, membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada sebilangan besar syarikat Malaysia. Melalui jaringan hubungan antarabangsa yang luas, MATRADE menyediakan risikan pasaran serta maklumat yang terkini untuk membantu syarikat meneroka pasaran global. MATRADE juga menggiatkan aktiviti promosi eksport produk dan perkhidmatan Malaysia di samping melaksanakan sesi padanan perniagaan di antara syarikat Malaysia dan pembeli asing. Usaha ini secara langsung telah menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi Malaysia. Jangkauan Global MATRADE akan meneruskan usaha mencari kaedah baharu yang lebih inovatif untuk membimbing dan menyokong pengeksport di peringkat global. MATRADE mempunyai 46 pejabat perdagangan luar negara yang terletak di bandar-bandar komersial utama dunia di samping lima pejabat cawangan wilayah di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Bakat Insan MATRADE percaya bahawa warga kerja adalah tunjang utama organisasi dan komited dalam memesatkan pembangunan intelek, mengukuhkan keupayaan kepimpinan dan meningkatkan prestasi organisasi. MATRADE memberi tumpuan kepada penyediaan latihan dan pembangunan program pementoran serta pembelajaran yang bersesuaian di tempat kerja. Dengan budaya korporat yang kukuh, MATRADE komited untuk menyediakan peluang bagi setiap warga kerja berkhidmat dengan lebih cemerlang. SEKILAS PANDANG Mengenai MATRADE Perniagaan Anda Platform MATRADE PROSES PERNIAGAAN KE ARENA ANTARABANGSA

Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Tumpuan MATRADE MATRADE memberi fokus dalam pelaksanaan dan penyampaian empat perkhidmatan teras iaitu: Pembangunan Pengeksport Membantu dan meningkatkan kebolehan syarikat Malaysia dalam mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa. MATRADE menyediakan latihan kepada syarikat Malaysia terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui penganjuran seminar dan bengkel. Selain itu, MATRADE juga melaksanakan program pembangunan pengeksport untuk membantu syarikat Malaysia mempersiapkan diri meneroka peluang eksport di luar negara. Ia antara lain membabitkan latihan dalam bidang perniagaan, peningkatan kemahiran, jaringan hubungan, pendedahan antarabangsa, kepimpinan dan keusahawanan. Ini membolehkan entiti perniagaan lebih berdaya tahan dan mampan di peringkat antarabangsa. Penggalakan Eksport Membantu syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa (ITF), misi akselerasi eksport (EAM), program penyumberan antarabangsa (INSP) dan misi perdagangan dan pelaburan (TIM). Sebagai agensi promosi perdagangan kebangsaan, MATRADE sering menjadi pusat rujukan bagi pertanyaan dan kunjungan dari pembeli asing serta memainkan peranan penting untuk menganjurkan program padanan perniagaan di antara mereka dengan syarikat Malaysia. Maklumat Perdagangan dan Pasaran MATRADE menyediakan risikan pasaran dan maklumat terkini seperti perubahan trend pasaran, jangkaan pelanggan, gangguan rantaian bekalan global dan halangan bukan tarif. Risikan pasaran ini diedarkan kepada pengeksport melalui pelbagai laporan dan kajian serta penerbitan perdagangan antarabangsa yang dapat diakses dengan mudah seperti Market Alert (MA), Product Market Study (PMS), Trade Leads, MATRADE Insight (MI) dan majalah Exclusive From Malaysia (EFM). Selain itu, MATRADE juga menyediakan akses dalam talian kepada bahan risikan komersial lain di Pusat Informasi Perniagaan (BIC). Khidmat Nasihat & Sokongan MATRADE menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan sokongan yang diperlukan oleh syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran luar negara. Antara maklumat yang diberi adalah berkaitan tatacara mengeksport serta informasi pasaran, produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi di luar negara. Khidmat nasihat perdagangan dan sokongan ini juga disediakan semasa program jangkauan seperti penyertaan kaunter informasi di persidangan dan pameran antarabangsa di Malaysia. Memudahkan akses ke pasaran luar negara melalui pelbagai program promosi perdagangan seperti ITF, EAM, INSP dan sesi padanan perniagaan. Mendigitalisasikan eksport bagi menggalakkan penggunaan platform eDagang untuk mengembangkan eksport negara melalui perdagangan dalam talian. Menyediakan risikan pasaran untuk syarikat Malaysia memantau dan menerokai pasaran eksport. Memperkasa pelan eksport negara sejajar dengan peranan MATRADE sebagai pemangkin untuk meningkatkan eksport negara. Membina kesediaan eksport untuk mempersiapkan syarikat Malaysia menerokai pasaran eksport melalui program pembangunan pengeksport. Meluaskan komuniti pengeksport dengan menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan sokongan. Menyediakan sokongan khusus untuk mengukuhkan daya saing syarikat Malaysia dan meningkatkan aktiviti promosi eksport. Memperkasa jenama Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan saluran supaya pengeksport boleh memanfaatkannya. Matlamat Kami Lapan (8) matlamat utama MATRADE sebagai agensi promosi perdagangan kebangsaan diringkaskan seperti berikut: 1 2 3 4 5 6 7 8 Program Antarabangsa bersama MATRADE Jenama Anda di Arena Antarabangsa

KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN IMBASAN 2022 Program Pembangunan Pengeksport Secara kolektif, program pembangunan pengeksport MATRADE telah memanfaatkan19,494 syarikat menerusi aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022. Pelanggan Kami MATRADE mempunyai pangkalan data lebih 10,544* syarikat Malaysia yang merangkumi syarikat besar, syarikat peringkat pertengahan (SPP), perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengilang dan penyedia perkhidmatan. Pertanyaan Perdagangan Dalam tahun 2022, MATRADE telah menerima 2,603* pertanyaan. Aktiviti Penggalakan Eksport Misi Akselerasi Eksport Pameran Perdagangan Antarabangsa Program Penyumberan Antarabangsa Misi Perdagangan & Pelaburan Kaunter Informasi Promosi In-Store eBizMatch Syarikat Malaysia yang mengambil bahagian Sumber Rujukan Pusat Informasi Perniagaan (BIC) mempunyai 36,330 judul koleksi fizikal, elektronik dan digital yang merangkumi statistik perdagangan, profil negara, profil syarikat, berita niaga, laporan risikan pasaran, jadual duti import dan sebagainya. Jumlah Perdagangan Perdagangan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 27.6% kepada RM2.844 trilion berbanding tahun 2021. Perdagangan merekodkan satu lagi pencapaian baharu apabila melepasi aras RM2 trilion bagi dua tahun berturut-turut dan mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994. Eksport - Import - Lebihan Dagangan Eksport berkembang sebanyak 24.9% kepada RM1.550 trilion, melebihi unjuran dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12), tiga tahun lebih awal dari sasaran yang ditetapkan pada tahun 2025. Import mencatatkan satu lagi pencapaian baharu apabila telah melebihi aras RM1 trilion buat pertama kali, naik sebanyak 31% kepada RM1.294 trilion. Lebihan dagangan meningkat 1% kepada RM256.20 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-25 tahun berturut-turut sejak 1998. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai yang tertinggi setakat ini. 9 34 17 4 1 1 778 3,271 * Syarikat yang berdaftar dengan MATRADE dari March 1993 – Dis 2022 * Pertanyaan perdagangan adalah dari Trade Enquiry System, info@matrade. gov.my & Outreach Programme sepanjang tahun 2022

Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 KANDUNGAN Prakata MATRADE Sekilas Pandang Imbasan 2022 Latar Belakang Pencapaian 2022 Perutusan Pengerusi Mesej Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pengarah Pengurusan Kanan Struktur Organisasi Rangkaian MATRADE 10 11 12 14 18 20 22 24 1 ORGANISASI MATRADE Prestasi Perdagangan Malaysia 2022 Rumusan Prestasi Pasaran Pasaran FTA & Pasaran Baharu Prestasi Sektor Barangan Utama Prestasi Import Prestasi Sektor Perkhidmatan 28 30 34 35 36 37 2LAPORAN PRESTASI PERDAGANGAN Matlamat 1 Memudahkan Akses Pasaran Matlamat 2 Mendigitalisasikan Eksport Matlamat 3 Menyediakan Risikan Pasaran Matlamat 4 Memperkasa Pelan Eksport Negara Matlamat 5 Latihan Pengeksport Matlamat 6 Meluaskan Komuniti Pengeksport Matlamat 7 Menyediakan Sokongan Khusus Matlamat 8 Memperkasa Jenama Malaysia 42 68 69 72 74 80 83 86 3 MATLAMAT TERAS MATRADE Pentadbiran Korporat Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Belanjawan Keselamatan dan Kesejahteraan Integriti, Audit Dalaman dan Pematuhan Undang-Undang Perancangan Strategik Pemacuan Teknologi Maklumat 90 91 94 96 97 99 102 4 PENGURUSAN, INTEGRITI, AUDIT DALAMAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK Prestasi Kewangan Laporan Audit 5 ULASAN KEWANGAN Pejabat MATRADE Glosari 154 156 106 107

8 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN BAB Organisasi MATRADE LATAR BELAKANG PENCAPAIAN 2022 PERUTUSAN PENGERUSI MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA PENGARAH PENGURUSAN KANAN STRUKTUR ORGANISASI RANGKAIAN MATRADE

9 Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Bahagian pertama menyatakan tentang visi dan misi MATRADE serta penghayatan Nilai Teras Korporat (GRACE) dan prinsip panduan organisasi. Ia dilengkapi ringkasan pencapaian 2022 dan perutusan Pengerusi MATRADE, Tan Sri Dr. Halim Mohammad serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz. Turut disertakan carta Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan dan struktur organisasi serta rangkaian global MATRADE.

10 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN LATAR BELAKANG MATRADE memainkan peranan aktif dalam membantu syarikat Malaysia berkembang maju untuk menembusi pasaran antarabangsa dan bertapak di luar negara dengan menyediakan program latihan, bimbingan serta khidmat nasihat. Di samping itu, MATRADE turut menyediakan maklumat dan risikan pasaran serta menggiatkan aktiviti promosi eksport untuk syarikat Malaysia. Melalui usaha ini, MATRADE membantu meluaskan akses pasaran serta meningkatkan profil syarikat Malaysia dalam pasaran asing. Dalam fasa pemulihan negara, MATRADE meneruskan inisiatif bagi memastikan kelangsungan eksport dengan memanfaatkan teknologi dan platform digital. Program sedia ada telah disesuaikan dengan amalan norma baharu dalam mengatasi kekangan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan negara. Usaha ini membolehkan MATRADE melaksanakan mandatnya memacu eksport dan menjadikan Malaysia sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. MISI MEMPROMOSI ENTERPRIS MALAYSIA KE PASARAN DUNIA Global (Pemikiran & Pendekatan) • Berfikiran global; • Mengutamakan pihak berkepentingan; • Mewujudkan jaringan antarabangsa yang luas; • Penglibatan perdagangan di peringkat antarabangsa; • Berfikiran dan berstrategi global; dan • Menerima kepelbagaian. Respect (Manusia, Proses dan Planet) • Sayangi negara; • Berkebolehan untuk mendengar, memahami dan mengamalkan sikap tidak prejudis; • Meraikan kejayaan, berkongsi tanggungjawab; • Menghargai kerjasama; dan • Mengutamakan pelanggan. Agile (Berkemahiran dan Mampu Beradaptasi) • Pembelajaran seumur hidup; • Inovasi untuk kemajuan; • Memiliki pemikiran dan sikap yang tangkas; • Menjangka dan bertindak sewajarnya kepada ketidakpastian; • Menerima dan mengamalkan penambahbaikan berterusan; • Cekap dan berpengetahuan; • Kemahiran untuk menutur idea; dan • Kebolehan melakukan pelbagai kerja. Creative (Inovatif dan Pemikiran Asli) • Berani untuk tampil berbeza; • Proaktif dan pemikiran progresif; • Mencetuskan inovasi untuk mencipta perubahan; • Bersikap terbuka untuk menerima idea dan cadangan baharu; dan • Berminat untuk mempelajari perkaraperkara baharu. Ethical (Beretika) • Adil, telus dan boleh dipercayai; • Sahih dan konsisten dalam percakapan dan perlakuan; • Profesional, komited dan berdisiplin dalam pengendalian; • Memimpin melalui teladan dan bertanggungjawab dalam semua tindakan; • Bersopan, bekerjasama, bertoleransi dan tegas; dan • Jujur serta rendah diri. Nilai Teras Korporat (G.R.A.C.E) Prinsip Panduan Organisasi (Attitude, Values, Culture) Attitude Pembentukan Sikap Positif Memupuk persepsi yang terbuka dan positif terhadap situasi, persekitaran dan tanggungjawab. Values Menghayati Nilai Murni G.R.A.C.E dalam Menjalankan Amanah Penerapan nilai murni G.R.A.C.E adalah amat penting untuk: • membentuk warga kerja yang berkualiti; • amanah; • kreatif; dan • tangkas dalam mengadaptasi perubahan baharu serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Culture Memupuk Budaya Semangat Perpaduan • Amalan AVC mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan suasana harmoni; dan • Menjaga hubungan baik sesama rakan sekerja Program dan inisiatif berteraskan aspirasi AVC yang telah dilaksanakan adalah melalui hebahan Integriti Alert, Pekeliling2U dan sesi ceramah dan taklimat. VISI MENEMPATKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA PERDAGANGAN GLOBAL YANG KOMPETITIF

PENCAPAIAN 2022 MATRADE telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mencapai matlamat penubuhannya yang merangkumi pembangunan pengeksport dan promosi eksport. Usaha ini melibatkan program pembangunan keupayaan pengeksport, penggalakan eksport, penyebaran maklumat perdagangan dan penyediaan khidmat nasihat serta sokongan berterusan. Dalam fasa pemulihan negara, MATRADE meneruskan inisiatif memanfaatkan teknologi dan platform digital untuk memastikan kelangsungan eksport negara. Program sedia ada telah disesuaikan dengan amalan norma baharu dalam mengatasi kekangan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan negara. Usaha ini membolehkan MATRADE berupaya melaksanakan mandatnya dalam memacu eksport dan menjadikan Malaysia sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. Tahun 2022 menyaksikan Malaysia terus mengekalkan prestasinya yang memberangsangkan dan mencatatkan satu lagi pencapaian terbaik apabila perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan melonjak ke nilai tertinggi yang baharu. Perdagangan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 27.6% kepada RM2.844 trilion berbanding tahun 2021. Import juga mencatatkan satu lagi pencapaian baharu apabila telah melebihi aras RM1 trilion buat pertama kali, meningkat sebanyak 31% kepada RM1.294 trilion. Lebihan dagangan meningkat 1% kepada RM256.2 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-25 tahun berturutturut sejak 1998. MATRADE mempunyai pangkalan data melebihi 10,544 syarikat Malaysia yang masih aktif menjalankan perniagaan berorientasikan eksport. Syarikat ini dibantu dalam melestarikan pertumbuhan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia. Pada tahun 2022, program pembangunan keupayaan pengeksport MATRADE telah memanfaatkan 19,494 syarikat dan program promosi eksport melibatkan sebanyak 3,271 syarikat. MATRADE juga terus menawarkan hala tuju strategik baharu kepada syarikat Malaysia dengan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi digital serta kelestarian bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang. MATRADE akan tetap komited ke arah mengukuhkan ekonomi negara serta bertindak sebagai organisasi peneraju dalam mendukung dan menggalakkan aktiviti eksport negara pada masa akan datang. Eksport berkembang sebanyak kepada RM1.55 trilion, melebihi unjuran RMKe-12, tiga tahun lebih awal dari sasaran yang ditetapkan pada tahun 2025 24.9% Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 11 Perdagangan Malaysia tahun 2022 merekodkan satu lagi pencapaian baharu apabila melepasi aras bagi dua tahun berturut-turut dan mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994 RM2 trilion

12 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN PERUTUSAN PENGERUSI Bangkit daripada cabaran pandemik, tahun 2022 menyaksikan Malaysia berjaya memacu sektor perdagangannya dengan cemerlang bagi melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi. Fokus dan misi utama MATRADE bersama warganya memudahcara syarikat Malaysia untuk meningkatkan eksport negara. Walaupun persekitaran global begitu mencabar, komuniti perniagaan Malaysia kekal berdaya saing susulan permintaan global yang kukuh dan harga komoditi yang tinggi selain mengeksport rangkaian produk bernilai tinggi. Perdagangan Malaysia berjaya mencatat pencapaian terbaik apabila eksport, import dan lebihan dagangan melonjak ke nilai tertinggi dengan eksport Malaysia mencapai sasaran Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12), tiga tahun lebih awal daripada unjuran pada 2025. Prestasi perdagangan Malaysia pada 2022 melebihi RM2 trilion untuk dua tahun berturut-turut dan merekodkan pertumbuhan terpantas sejak 1994 dengan eksport berkembang sebanyak 25% kepada RM1.55 trilion.

Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Tan Sri Dr. Halim Mohammad Pengerusi MATRADE Prestasi perdagangan Malaysia pada 2022 melebihi RM2 trilion untuk dua tahun berturut-turut dan merekodkan pertumbuhan terpantas sejak 1994 13 PENDIGITALAN PEMANGKIN EKSPORT Susulan daripada pandemik, MATRADE memanfaatkan teknologi digital untuk memastikan aktiviti perdagangan dan eksport terus dapat dipacu. Kejayaan itu dapat dilihat daripada penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022 yang dijalankan secara hibrid buat pertama kalinya dan berjaya mencatat jualan tertinggi berjumlah RM2.39 bilion. Jumlah ini terdiri daripada jualan pameran sebanyak RM1.65 bilion dan RM745.20 juta jualan daripada program penyumberan antarabangsa (International Sourcing Programme - INSP) di mana RM650.8 juta daripadanya adalah secara fizikal dan RM94.3 juta lagi secara maya. Sejajar dengan aspirasi Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp), Persatuan Perdagangan dan ahlinya diberi keutamaan melalui program Memperkasa Persatuan Perdagangan (ETA) bagi memperkukuh ekosistem eksport dan meningkatkan eksport negara. Selain itu, eksport negara turut ditingkatkan melalui pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang dimeterai di bawah Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) bermula tahun 2022. MEMPERKUKUH DAYA TAHAN Di sebalik ketidaktentuan ekonomi global ekoran tekanan inflasi, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan dunia, MATRADE akan terus memperkasa aktiviti promosi perdagangan antarabangsa dan eksport bagi membuka lebih banyak peluang eksport kepada syarikat tempatan untuk kekal berdaya saing di pasaran global. Aktiviti promosi ini akan dilaksanakan di bawah tiga agenda utama iaitu Pendigitalan, Kemampanan dan NTBp. MATRADE juga telah merangka beberapa program promosi eksport bagi tahun 2023 untuk menyokong komuniti pengeksport Malaysia. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menerajui MATRADE bagi mencapai misi dan matlamatnya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahli Lembaga Pengarah dan semua warga MATRADE yang memberikan dedikasi dan kerjasama erat dalam memastikan semua inisiatif organisasi dapat dicapai sepanjang tahun 2022.

14 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN DARI MEJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Perdagangan luar negara yang terus berkembang pesat pasca pandemik menjadi bukti kejayaan program MATRADE dalam membina keupayaan kapasitinya dan mempromosi dagangan. Setelah berjaya mengharungi cabaran pandemik COVID-19, MATRADE meneruskan usaha secara konsisten dalam melaksanakan aktiviti promosi perdagangan bagi meraih peluang meningkatkan eksport setelah pembukaan semula sempadan negara. Usaha MATRADE telah membuahkan hasil apabila eksport Malaysia telah direkodkan sebanyak RM1.552 trilion melepasi sasaran RMKe-12 tiga tahun lebih awal. Sepanjang tahun 2022, MATRADE telah membantu lebih 1,500 syarikat melalui Geran Pembangunan Pasaran dan 585 syarikat melalui program eTRADE 2.0. Secara keseluruhan, MATRADE juga telah membantu hampir 20,000 syarikat meningkatkan keupayaan mereka melalui pelbagai program pembangunan pengeksport. Melalui jaringan 46 pejabat di seluruh dunia, MATRADE membantu mempromosi pengeksport Malaysia ke pasaran global melalui perkongsian maklumat perdagangan dan pasaran.

15 Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 EXPO 2020 DUBAI* Sebagai Rakan Kolaborasi Perdagangan & Perniagaan bagi Astaka Malaysia di Expo 2020 Dubai yang berlangsung dari Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022, MATRADE telah menganjurkan lebih 500 padanan perniagaan bagi 21 kementerian, lima kerajaan negeri, 70 agensi dan lebih 400 syarikat. Kolaborasi ini menyaksikan kejayaan MATRADE membantu pengeksport Malaysia meneroka peluang perniagaan di pasaran global dan menyokong industri dalam proses pemulihan ekonomi memasuki fasa peralihan endemik di mana 4,000 petunjuk perdagangan telah direkodkan dan 100 Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM77 bilion ditandatangani. Syarikat Malaysia melibatkan dari pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, logistik, pembinaan, automotif, teknologi hijau, Halal dan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah memeterai kerjasama strategik dengan rakan usahasama dari Qatar, UAE, Arab Saudi, New Zealand, United Kingdom, Jerman, India dan lain-lain. Sempena ekspo ini juga, MATRADE telah menganjurkan dua program Misi Akselerasi Eksport (EAM) dengan kerjasama SME Bank bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mengembangkan perniagaan dengan memanfaatkan platform global yang disediakan di ekspo berkenaan. PRESTASI PERDAGANGAN 2022 Prestasi perdagangan Malaysia pada tahun 2022 terus mengukuh dengan mencatatkan pencapaian baharu apabila berjaya melepasi nilai RM2 trilion bagi dua tahun berturut-turut sekali gus merekodkan pertumbuhan tertinggi sejak 1994. Jumlah dagangan dicatatkan sebanyak RM2.848 trilion, meningkat dua digit iaitu 27.8% berbanding 2021. Eksport negara melonjak sebanyak 25% kepada RM1.552 trilion, melepasi unjuran yang dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) untuk tahun 2025 iaitu tiga tahun lebih awal daripada sasaran. Sementara itu, jumlah import buat pertama kali melepasi paras RM1 trilion iaitu peningkatan sebanyak RM31.3% kepada RM1.297 trilion. Lebihan dagangan pula meningkat sebanyak 0.6% kepada RM255.1 bilion. Ini merupakan lebihan dagangan tahun ke-25 berturut-turut sejak 1998. Kesemua segmen perdagangan iaitu eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai terbesar yang pernah direkodkan. Eksport berkembang sebanyak 25% kepada RM1.552 trilion Perkembangan eksport didorong oleh eksport produk E&E, petroleum, LNG, minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, petroleum mentah serta jentera, peralatan dan alat ganti yang mencatatkan peningkatan lebih RM10 bilion dengan dua digit pertumbuhan. Kesemua produk tersebut mencatatkan nilai eksport tertinggi kecuali petroleum mentah. Sementara itu, eksport kepada rakan perdagangan utama iaitu ASEAN, China, AS, EU dan Jepun mencatat rekod tertinggi baharu. * Catatan: Expo 2020 Dubai telah ditangguhkan ke Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022 berikutan pandemik COVID-19.

16 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN TRANSFORMASI DAN REFORMASI Dari tempoh 2020 hingga 2022, MATRADE telah melalui proses transformasi dan reformasi yang pesat. Pelbagai inisiatif dilaksanakan melibatkan pengukuhan jenama, penjimatan sumber dan penjanaan hasil. Pada 6 Disember 2022, Pengerusi MATRADE bersama Lembaga Pengarah telah merasmikan Aras 22 dan 23 Menara MATRADE yang telah diubahsuai dengan reka bentuk dan kemudahan berkelas dunia sekali gus menampilkan wajah korporat baharu MATRADE. Strategi Penjanaan Hasil 2022-2025 juga telah diluluskan pada Mesyuarat Lembaga Pengarah MATRADE. Salah satunya adalah Platform Perdagangan Digital MATRADE (MDTP) iaitu kolaborasi bersama Fusionex Corp Sdn. Bhd. bagi mewujudkan platform perdagangan B2B dan B2C. Ia dilaksanakan dalam empat peringkat dengan fasa pelaksanaan dijangka siap menjelang suku kedua 2023. Projek ini menyasarkan penyertaan 35,000 syarikat tempatan termasuk PMKS dalam tempoh lima tahun dengan nilai eksport di antara RM60 juta hingga RM70 juta. Selain itu, terdapat 11 projek utama penjanaan hasil telah diluluskan dan dijangka akan menjanakan pendapatan hampir RM30 juta setahun kepada MATRADE. Program Persidangan Pesuruhjaya Perdagangan (TC) Rantau Amerika,Eropah dan Asia Timur (Miami, Istanbul dan Tokyo, ) telah diadakan pada November 2022 untuk bertukar dan berkongsi maklumat antara Pejabat Perdagangan dan Ibu Pejabat. Persidangan TC adalah penting bagi membolehkan pengurusan MATRADE berbincang secara bersemuka tentang perkembangan semasa, hala tuju masa depan, kedudukan kewangan dan aspirasi organisasi. INISIATIF PENDIGITALAN MATRADE turut memberikan tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur teknologi maklumat (IT) dalaman dan aplikasi agensi di bawah program Digital MATRADE Pakej 3 (DM3). Dengan teknologi menjadi sandaran terbaik dalam norma baharu, MATRADE perlu meneroka pendigitalan dalam aktiviti promosi perdagangan. Untuk itu, MATRADE mengemukakan cadangan kepada kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) untuk penambahbaikan inisiatif pendigitalan sedia ada. Cadangan ini melibatkan penubuhan Platform Acara Perdagangan Bersepadu (ITEP) iaitu satu platform khusus untuk menghubungkan pembeli dari luar negara dengan syarikat Malaysia secara maya. Cadangan kedua pula adalah bagi membangunkan Portal Maklumat Tunggal untuk Eksport (SIPE) yang menyediakan maklumat komprehensif mengenai rantaian

17 Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 nilai perniagaan dari pelbagai sumber bagi membantu syarikat Malaysia menjadi pemain global. Kedua-dua usaha pendigitalan ini bakal meletakkan MATRADE di barisan hadapan era baharu promosi perdagangan dan menyediakan organisasi ini menghadapi landskap masa depan perdagangan antarabangsa yang lebih mencabar. Malah sebelum tercetus wabak COVID-19, MATRADE sudah melaksanakan proses pendigitalan dalam perkhidmatannya selain menggalakkan pengeksport supaya lebih celik digital. MATRADE juga meningkatkan usaha membantu pengeksport Malaysia dalam beralih kepada norma baharu. Inisiatif ini disambut baik kerana ia mampu mengurangkan kos perniagaan selain meringankan beban kewangan syarikat yang terjejas akibat pandemik. Sebagai contoh, penganjuran MIHAS 2021 dapat dilaksana secara maya sepenuhnya. Inisiatif pendigitalan ini mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila MATRADE menerima Anugerah Pertubuhan Penggalakan Perdagangan Dunia (WTPO) sebagai pemenang kategori Penggunaan Teknologi Maklumat Terbaik dalam promosi perdagangan pada 2022. AGENDA KELESTARIAN Agenda kelestarian merupakan satu usaha global yang telah memberi impak kepada pelbagai negara, industri dan syarikat yang beroperasi. Pasaran-pasaran negara maju seperti EU, Amerika Syarikat dan Jepun telah menetapkan syarat keperluan seperti penyumberan bertanggungjawab dan beretika mengikut garis panduan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk import barangan ke negara mereka. Justeru, MATRADE menggalakkan pengeksport Malaysia mengamalkan kelestarian perniagaan yang dapat membantu mereka menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global. Dengan kerjasama strategik jenama besar dan pemain global seperti CIMB, Bank Islam, Standard Chartered dan DHL, MATRADE telah menganjurkan webinar dan sesi perkongsian pengetahuan tentang kelestarian dengan menampilkan penceramah terkenal untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan panduan. Semua Pesuruhjaya Perdagangan (TC) telah diarahkan untuk terus memantau perkembangan melibatkan ESG di bawah jagaan masing-masing dan memberikan maklumat terkini kepada Ibu Pejabat dari semasa ke semasa serta melakukan analisis dan penilaian impaknya terhadap eksport negara. RANGKA TINDAKAN PERDAGANGAN NASIONAL (NTBp) MATRADE meneruskan usaha merealisasikan syor-syor yang terkandung dalam NTBp dalam usaha meningkatkan daya saing eksport negara. Dengan keterlibatan semua pemegang taruh dari sektor awam dan swasta, kumpulan-kumpulan kerja yang diwujudkan di bawah seliaan MITI bersama-sama MATRADE gigih dalam usaha mencapai objektif NTBp bagi meningkatkan kedudukan Malaysia di dalam senarai teratas 20 negara perdagangan global. . Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang memberikan sokongan kuat dan buah fikiran bernas dalam membantu menjayakan misi MATRADE merealisasikan inisiatifnya. Begitu juga kepada pengurusan tertinggi MITI yang banyak memberikan kerjasama dan panduan. Saya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Pengarah, pengurusan tertinggi dan kanan serta semua warga MATRADE yang komited dalam menjadikan organisasi ini gemilang dan terbilang serta membentuk warganya yang cemerlang. Terima kasih, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE

18 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN LEMBAGA PENGARAH (Sehingga Disember 2022) Datuk Kamal Khalid Ketua Korporat dan Transformasi Celcom Axiata Berhad Tan Sri Dr. Halim Mohammad Pengerusi Datuk Lokman Hakim Ali Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato Mohammad Medan Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad Dato’ Hazimah Zainuddin Pengarah Urusan Kumpulan Hyrax Oil Sdn Bhd Dato’ Mahmud Abbas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

19 Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Mohd Sakeri Abd Kadir Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (SBKSK) Rina Neoh Siew Lian Pengasas Bersama & Pelabur Ficus Venture Capital Sdn Bhd Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob Pengarah Bukan Eksekutif Sime Darby Berhad Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim JP Pengarah Urusan World Trade Centre Kuala Lumpur Datuk Dr. Zunika Mohamed Timbalan Ketua Pengarah (Polisi) Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Ravi Muthayah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)

20 PENGURUSAN KANAN KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Sharimahton Mat Saleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Akselerasi Eksport Abu Bakar Yusof Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pengeksport Datuk Aureen Jean Nonis Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik (bersara pada 9/10/2022) Amran Yem Pengarah Kanan Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran (berkuatkuasa 23/2/2022) Abu Bakar K.V. Koyakutty Pengarah Kanan Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran (bersara pada 23/2/2022) Khairul Annuar Abdul Halim Pengarah Kanan Bahagian Transformasi dan Perdagangan Digital YM Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik (berkuatkuasa 9/10/2022) Norzihan Mohd Zain Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan (bersara pada 8/4/2022) Mansor Shah Wahid Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan (berkuatkuasa 8/4/2022) (Sehingga Disember 2022)

21 Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Yuslinawati Mohd Yusof Pengarah Seksyen Pengangkutan dan Logistik A’dzimah Ahmad Ghazali Pengarah Seksyen Bantuan Pembangunan & Seksyen Khidmat Nasihat & Latihan Pengeksport Jamaliah Jamaludin Pengarah Seksyen Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan Khairul Nizam Moonier Pengarah Seksyen Pengurusan Kewangan Idzham Abdul Hamid Pengarah Seksyen Asia Tengah, Barat, Selatan & Afrika S. Jai Shankar Pengarah Seksyen Minyak & Gas, Kimia & Tenaga Remee Yaakub Pengarah Seksyen Halal, Makanan dan Minuman & Agro Naim Abdul Rahman Pengarah Seksyen China & Asia Timur Jamaluddin Abdullah Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat Zalela Jaafar Pengarah Seksyen Elektrikal & Elektronik, ICT, Jentera dan Peralatan Ahmad Nasaruddin Mohd Noor Pengarah Seksyen ASEAN & Oceania Asnor Vidya Nor Azmi Pengarah Seksyen Eropah & Amerika Razida Hanim Abdul Razak Pengarah Seksyen Gaya Hidup & Sains Hayat

22 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN STRUKTUR ORGANISASI Fungsi utama MATRADE adalah untuk mempromosi eksport produk dan perkhidmatan Malaysia serta membangunkan aktiviti pengeksport yang merupakan asas teras kepada struktur organisasi. MATRADE dengan tenaga kerja seramai 615 kakitangan berkhidmat dan membantu pengeksport Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui lima (5) pejabat wilayah dan 46 pejabat di luar negara. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA PENGARAH Unit Audit Dalam Unit Integriti Pegawai Perhubungan Pihak Berkepentingan Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran Bahagian Transformasi dan Perdagangan Digital Bahagian Perancangan Strategik Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pengeksport Pejabat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Akselerasi Eksport

23 Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Seksyen Elektrikal & Elektronik, ICT, Jentera dan Peralatan Seksyen Pengangkutan & Logistik Seksyen Minyak & Gas, Kimia dan Tenaga Seksyen Halal, Makanan dan Minuman & Agro Seksyen Gaya Hidup dan Sains Hayat (Peralatan Perubatan & Farmaseutikal) Seksyen Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan Seksyen ASEAN & Oceania • Bangkok • Hanoi • Ho Chi Minh City • Jakarta • Manila • Medan • Melbourne • Phnom Penh • Yangon Seksyen China & Asia Timur • Beijing • Chengdu • Guangzhou • Hong Kong • Osaka • Seoul • Shanghai • Taipei • Tokyo Seksyen Asia Tengah, Barat, Selatan & Afrika • Almaty • Cairo • Chennai • Doha • Dubai • Jeddah • Johannesburg • Lagos • Mumbai • Nairobi • Tashkent Seksyen Eropah & Amerika • Budapest • Buenos Aires • Frankfurt • Istanbul • Kiev • London • Los Angeles • Mexico City • Miami • Milan • Moscow • New York • Paris • Rotterdam • Santiago • Sao Paulo • Warsaw Seksyen Bantuan Pembangunan • Unit Pembangunan Pasaran • Unit Pembangunan Perkhidmatan Seksyen Program Khas • Unit Syarikat Peringkat Pertengahan (SPP) • Unit Pembangunan Eksport PKS (X-SEED) • Unit Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Wanita & Belia Pejabat Wilayah • Utara (Pulau Pinang) • Selatan (Johor) • Timur (Terengganu) • Sabah • Sarawak Seksyen Teknologi Maklumat • Unit Perkhidmatan Digital • Unit Pengurusan Sistem Aplikasi • Unit Operasi & Sokongan ICT • Unit Rangkaian & Keselamatan Seksyen Perdagangan Digital • Unit Ekosistem eDagang • Unit Program (eTRADE) Seksyen Khidmat Nasihat dan Latihan Pengeksport • Unit Khidmat Nasihat Pengeksport • Unit Latihan Pengeksport • Unit Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) • Pusat Informasi Perniagaan (BIC) Seksyen Penyelidikan • Unit Analisa Perdagangan • Unit Statistik Perdagangan Seksyen Pembangunan Strategik • Unit Pembangunan Strategik • Unit Kolaborasi Antarabangsa Seksyen Koordinasi dan Pemantauan • Unit Koordinasi Strategik • Unit Pemantauan Prestasi Seksyen Komunikasi Strategik • Unit Komunikasi Korporat • Unit Penerbitan Perdagangan Seksyen Pengurusan Kewangan • Unit Kewangan • Unit Perakaunan • Unit Perolehan • Unit Penjanaan Hasil Seksyen Pengurusan Korporat • Unit Pentadbiran • Unit Undang-Undang Seksyen Sumber Manusia • Unit Perancangan Organisasi & Transformasi • Unit Pengurusan Sumber Manusia • Unit Kompetensi & Pembangunan Bakat Seksyen Pengurusan Fasiliti • Unit Pengurusan Fasiliti • Unit Pengurusan Aset

24 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN RANGKAIAN GLOBAL MATRADE 1. Los Angeles 2. New York 3. Miami 4. Mexico City 5. Santiago 6. Sao Paolo 7. Buenos Aires 8. London 9. Paris 10. Milan 11. Frankfurt 12. Rotterdam 13. Istanbul 14. Warsaw 15. Budapest 16. Kiev 17. Moscow 18. Almaty 19. Tashkent 20. Jeddah 21. Dubai 22. Doha 23. Cairo 24. Nairobi 25. Johannesburg 26. Lagos 27. Mumbai 28. Chennai 29. Yangon 30. Bangkok 31. Ho Chi Minh City 32. Hanoi 33. Phnom Penh 34. Medan 35. Jakarta 36. Manila 37. Chengdu 38. Beijing 39. Shanghai 40. Guangzhou 41. Hong Kong 42. Taipei 43. Seoul 44. Tokyo 45. Osaka 46. Melbourne 26 6 7 5 11 9 3 12 2 8 1 4

25 Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Ibu Pejabat MATARDE Kuala Lumpur Pejabat Wilayah Pulau Pinang Johor Terengganu Sabah Sarawak 46 Pejabat MATRADE Luar Negara 5Pejabat Wilayah 20 24 25 23 13 16 17 14 11 10 15 22 18 19 21 28 27 35 34 30 32 29 33 31 44 42 39 38 43 45 37 41 40 36 46

26 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN BAB Laporan Prestasi Perdagangan PRESTASI PERDAGANGAN MALAYSIA 2022 RUMUSAN PRESTASI PASARAN PASARAN FTA & PASARAN BAHARU PRESTASI SEKTOR BARANGAN UTAMA PRESTASI IMPORT PRESTASI SEKTOR PERKHIDMATAN

27 Laporan Prestasi Perdagangan Laporan Tahunan MATRADE 2022 Bahagian kedua memberikan fokus kepada laporan prestasi perdagangan Malaysia pada tahun 2022 yang melepasi RM2 trilion bagi tahun kedua berturut-turut selain rumusan terhadap prestasi pasaran antaranya ASEAN & Oceania, China & Asia Timur Laut, Amerika dan Eropah. Turut menjadi sorotan adalah pasaran FTA dan pasaran baharu. Laporan juga menyentuh prestasi eksport sektor barangan utama dan import serta perdagangan sektor perkhidmatan.

28 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN PRESTASI PERDAGANGAN MALAYSIA 2022 Pada tahun 2022, perdagangan Malaysia masih mengekalkan prestasinya yang memberangsangkan dan mencatatkan satu lagi pencapaian terbaik apabila perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan melonjak ke nilai tertinggi yang baharu. Ini merupakan gambaran positif bahawa perdagangan negara sedang berada pada trajektori peningkatan yang didorong oleh faktor permintaan luar yang tinggi serta harga komoditi yang kukuh. Perdagangan merekodkan satu lagi pencapaian baharu apabila melepasi aras RM2 trilion bagi dua tahun berturutturut dan mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994. Perdagangan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 27.6% kepada RM2.844 trilion berbanding tahun 2021. Eksport berkembang sebanyak 24.9% kepada RM1.55 trilion, melebihi unjuran dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12), tiga tahun lebih awal dari sasaran yang ditetapkan pada tahun 2025. Import mencatatkan satu lagi pencapaian baharu apabila telah melebihi aras RM1 trilion buat pertama kali, naik sebanyak 31% kepada RM1.294 trilion. Lebihan dagangan meningkat 1% kepada RM256.2 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-25 tahun berturut-turut sejak 1998. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai yang tertinggi setakat ini. ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merupakan lima rakan dagang utama Malaysia pada tahun 2022. Secara keseluruhan, kelima-lima pasaran ini merangkumi 67.6% daripada jumlah perdagangan Malaysia. ASEAN juga merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia, diikuti oleh China, AS, EU dan Jepun. Kelima-lima pasaran ini menyumbang 68.1% kepada jumlah eksport negara. Manakala, lima sumber utama import adalah ASEAN, China, Taiwan, AS dan EU yang secara kolektif menyumbang 68.8% kepada jumlah keseluruhan import Malaysia. Pada tahun 2022, eksport bagi sektor utama iaitu barangan perkilangan, keluaran pertanian dan hasil galian merekodkan jumlah tertinggi dengan pertumbuhan dua digit. Eksport barangan perkilangan berkembang sebanyak 22.1% berbanding tahun 2021, melepasi aras RM1 trilion buat kali kedua dengan jumlah RM1.305 trilion. Ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan, mewakili 84.2% daripada jumlah eksport. Barangan elektrik dan elektronik (E&E) merupakan penyumbang terbesar kepada komposisi eksport dengan 38.3% syer, bertambah sebanyak 30% kepada RM592.96 bilion. Peningkatan ini disumbangkan oleh permintaan yang kukuh bagi semikonduktor berikutan peningkatan kitaran teknologi global serta pendigitalan perniagaan RAKAN DAGANG UTAMA ASEAN r China AS EU Jepun 67.6% daripada perdagangan Mewakili

29 Laporan Prestasi Perdagangan Laporan Tahunan MATRADE 2022 SOROTAN UTAMA PRESTASI PERDAGANGAN PADA TAHUN 2022 • Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencecah paras tertinggi setakat ini; • Perdagangan melepasi aras RM2 trilion bagi dua tahun berturut-turut dan mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994; • Eksport melebihi unjuran dalam RMKe-12, tiga tahun lebih awal dari sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2025; • Lebihan dagangan yang ke-25 tahun berturutturut sejak 1998; • Eksport ke rakan dagang utama khasnya ASEAN, China, AS, EU dan Jepun telah mencatatkan nilai tertinggi baharu; * syer • Kenaikan eksport yang ketara turut dicatatkan ke pasaran baharu seperti Mesir, Sri Lanka, Mozambique, Papua New Guinea, Togo, Djibouti dan Afghanistan; • Eksport ke rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) juga menunjukkan trend peningkatan dengan rekod tertinggi baharu. Sementara itu, eksport ke pasaran di bawah perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang berkuat kuasa tahun lepas telah mencatatkan pertumbuhan dua digit; • Eksport sektor perkilangan, keluaran pertanian dan hasil galian merekodkan pertumbuhan dua digit di mana eksport sektor perkilangan telah melepasi nilai RM1 trilion buat kali kedua; dan • Pertumbuhan eksport yang mampan ini disokong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E, keluaran petroleum serta gas asli cecair (LNG). 25% 31.3% PASARAN EKSPORT UTAMA Eksport berkembang sebanyak Import mencatatkan pencapaian baru sebanyak kepada RM1.552 trilion kepada RM1.296 trilion

30 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN JUMLAH PERDAGANGAN RM771.83 bilion 34% EKSPORT RM452.83 bilion 31.8% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM319 bilion 37.1% RUMUSAN PRESTASI PASARAN Sebagai rakan dagang yang penting dan strategik bagi Malaysia, perdagangan dengan ASEAN pada tahun 2022 meningkat sebanyak 33.8% kepada RM770.78 bilion berbanding tahun sebelumnya, merupakan nilai tertinggi setakat ini. Perdagangan dengan ASEAN merangkumi 27.1% daripada jumlah perdagangan Malaysia. Lima daripada 20 rakan dagang utama Malaysia merupakan negara ASEAN iaitu Singapura (kedua), Indonesia (keenam), Thailand (ketujuh), Viet Nam (ke-12) dan Filipina (ke-16). Eksport ke ASEAN mencatatkan peningkatan sebanyak 31.8% kepada RM452.72 bilion, menyumbang 29.2% kepada jumlah eksport Malaysia. Eksport ke kesemua pasaran ASEAN telah merekodkan pertumbuhan. Barangan yang mencatatkan peningkatan eksport ke ASEAN adalah barangan E&E, keluaran petroleum serta petroleum mentah. Sementara itu, barangan eksport utama ialah barangan E&E dengan syer sebanyak 37%, keluaran petroleum (17.6%) serta kimia dan bahan kimia (7%). Import dari ASEAN berkembang sebanyak 36.7% kepada RM318.05 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia. Singapura merupakan pasaran eksport utama dan menyumbang 51.4% kepada jumlah eksport ke rantau ini. Ini diikuti oleh Thailand (14.5%), Indonesia (12.3%), Viet Nam (11.8%), Filipina (6.2%), Brunei (1.7%), Myanmar (1.3%), Kemboja (0.5%) dan Lao PDR (0.2%). Eksport ke Singapura berkembang sebanyak 33.6% kepada RM232.48 bilion berikutan eksport barangan E&E, keluaran petroleum serta jentera, kelengkapan dan peralatan yang lebih tinggi. Barangan eksport utama ke Singapura adalah barangan E&E dengan syer sebanyak 49.6%, keluaran petroleum (16.3%) serta jentera, kelengkapan dan peralatan (7%). Import dari Singapura meningkat sebanyak 44.2% kepada RM135.04 bilion. Barangan import utama adalah keluaran petroleum, barangan E&E serta kimia dan bahan kimia. PASARAN EKSPORT UTAMA *syer kepada jumlah eksport rantau ini BARANGAN E&E KELUARAN PETROLEUM KIMIA & BAHAN KIMIA ASEAN Filipina 6.2% Singapura 51.4%* Brunei 1.6% !ailand Indonesia Viet Nam 14.5% Myanmar 1.3% Lao PDR 0.2% 12.4% Kemboja 0.5% 11.8%

31 Laporan Prestasi Perdagangan Laporan Tahunan MATRADE 2022 Pada tahun 2022, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia bagi 14 tahun berturut-turut dengan syer sebanyak 17.1% daripada jumlah perdagangan, meningkat 15.4% kepada RM486.38 bilion berbanding tahun 2021. China merupakan pasaran eksport kedua terbesar pada tahun 2022, dengan syer sebanyak 13.6% daripada jumlah eksport Malaysia. Eksport ke China berkembang 9.4% kepada RM210.55 bilion, nilai tertinggi yang pernah direkodkan. Peningkatan ini dipacu oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E, LNG serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Barangan eksport utama ke China ialah barangan E&E dengan syer sebanyak 38.5%, kimia dan bahan kimia (9.1%) serta LNG (8.6%). China terus memacu sumber import utama Malaysia, mewakili 21.3% syer daripada jumlah import, meningkat sebanyak 20.4% kepada RM275.83 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta kimia dan bahan kimia. JUMLAH PERDAGANGAN RM487.14 bilion 15.6% EKSPORT RM210.62 bilion 13.6% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM229.02 bilion 33% BARANGAN E&E KIMIA & BAHAN KIMIA LNG CHINA

32 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN AS merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia pada tahun 2022, dengan syer sebanyak 9.4% daripada jumlah perdagangan, meningkat sebanyak 23.3% kepada RM267.63 bilion berbanding tahun sebelumnya. Eksport ke AS mencatatkan nilai tertinggi setakat ini, naik 17.6% kepada RM167.21 bilion. Peningkatan ini disumbangkan oleh kenaikan eksport barangan E&E, keluaran petroleum serta barangan besi dan keluli. Barangan eksport utama ke AS adalah barangan E&E (57.4% syer), barangan optik dan saintifik (6.7%) serta barangan kayu (4.5%). Import dari AS mencatatkan peningkatan sebanyak 34.4% kepada RM100.42 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, kelengkapan pengangkutan serta jentera, kelengkapan dan peralatan. JUMLAH PERDAGANGAN RM267.57 bilion 23.3% JUMLAH PERDAGANGAN RM181.5 bilion 21.2% BARANGAN E&E BARANGAN OPTIK & SAINTIFIK BARANGAN KAYU AMERIKA SYARIKAT IMPORT RM100.42 bilion 34.4% IMPORT RM83.27 bilion 12.6% BARANGAN EKSPORT UTAMA BARANGAN EKSPORT UTAMA EKSPORT RM167.15 bilion 17.5% EKSPORT RM98.24 bilion 29.6% Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar bagi Malaysia pada tahun 2022, dengan jumlah perdagangan bernilai RM181.73 bilion, berkembang sebanyak 21.4%. Perdagangan dengan negara ini merangkumi 6.4% daripada jumlah perdagangan Malaysia. JEPUN Jepun juga merupakan pasaran eksport keempat terbesar bagi Malaysia. Eksport ke Jepun mencatatkan peningkatan dua digit selama dua tahun berturut-turut, bertambah sebanyak 30.1% kepada RM98.66 bilion berikutan peningkatan eksport LNG, petroleum mentah dan minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Barangan eksport utama ke Jepun ialah LNG dengan 31% syer, barangan E&E (24.3%) dan petroleum mentah (4.7%). Import dari Jepun meningkat sebanyak 12.4% kepada RM83.08 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan perkilangan logam. LNG BARANGAN E&E PETROLEUM MENTAH

33 Laporan Prestasi Perdagangan Laporan Tahunan MATRADE 2022 JUMLAH PERDAGANGAN RM216.49 bilion 27.7% EKSPORT RM126.31 bilion 21.8% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM90.18 bilion 17.7% BARANGAN E&E MINYAK SAWIT (PERTANIAN) MINYAK SAWIT (PERKILANGAN) RAKAN DAGANG UTAMA Pada 2022, EU masih kekal sebagai salah satu rakan dagang utama Malaysia, menyumbang 7.6% daripada jumlah perdagangan negara. Perdagangan dengan EU merekodkan peningkatan dua digit sebanyak 19.9% kepada RM216.24 bilion. Jerman merupakan rakan dagang terbesar di EU, mewakili 27.7% daripada jumlah perdagangan Malaysia dengan rantau ini, diikuti oleh Belanda (22.2%) dan Itali (8.5%). Eksport ke rantau ini berkembang sebanyak 21.5% kepada RM126.07 bilion hasil peningkatan eksport barangan E&E, diikuti oleh keluaran petroleum dan barangan perkilangan logam. Barangan eksport utama ke rantau ini adalah barangan E&E (41.3% syer), minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (9.3%) serta minyak sawit barangan perkilangan berasaskan minyak sawit (7.6%). Import dari EU meningkat sebanyak 17.7% kepada RM90.18 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, kimia dan bahan kimia serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Belanda merupakan destinasi eksport terbesar bagi pasaran EU dengan 33.3% syer atau RM41.95 bilion, naik sebanyak 34.6%, didorong oleh peningkatan eksport barangan E&E, barangan perkilangan berasaskan minyak sawit serta barangan perkilangan logam. Barangan eksport utama ke Belanda adalah barangan E&E dengan 38.3% syer, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (18.8%) serta barangan perkilangan berasaskan minyak sawit (13.5%). Jerman Belanda Perancis 8.5% 27.7%* 22.2% Import dari Belanda berkembang sebanyak 23.2% kepada RM5.96 bilion. Barangan import utama adalah keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia dan barangan makanan diproses. *syer kepada jumlah perdagangan ke rantau ini KESATUAN EROPAH (EU)

34 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Perdagangan dengan rakan dagang FTA pada tahun 2022 merangkumi 67.3% daripada jumlah perdagangan Malaysia, meningkat sebanyak 26.3% kepada RM1.914 trilion. Pada tahun 2022, pasaran baharu yang telah mencatatkan peningkatan ketara eksport adalah Mesir, Sri Lanka, Mozambique, Papua New Guinea, Togo, Djibouti dan Afghanistan. Eksport ke rakan dagang FTA merekodkan nilai tertinggi sebanyak RM1.069 trilion, bertambah sebanyak 25.7% dan mewakili 69% daripada jumlah eksport Malaysia. Eksport berkembang berikutan peningkatan eksport barangan E&E, keluaran petroleum dan LNG. Barangan eksport utama ke pasaran FTA adalah barangan E&E dengan syer sebanyak 37.4%, keluaran petroleum (10.7%) serta kimia dan bahan kimia (6.5%). Singapura, China, Jepun, Hong Kong SAR dan Thailand merupakan destinasi eksport utama Malaysia ke pasaran FTA. Secara kolektif, pasaran-pasaran ini menyumbang 65.8% kepada jumlah eksport ke rakan dagang FTA. Eksport ke Mesir berkembang 24.3% kepada RM3.57 bilion, Djibouti (↑118.9% kepada RM1.65 bilion) dan Afghanistan (↑76.1% kepada RM1.57 bilion), berikutan eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. JUMLAH PERDAGANGAN RM1.916 trillion 26.4% EKSPORT RM1,069 trillion 25.7% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM846.63 bilion 27.2% BARANGAN E&E KELUARAN PETROLEUM LNG PASARAN FTA PASARAN BAHARU EKSPORT PASARAN FTA & PASARAN BAHARU Peningkatan eksport telah direkodkan ke Singapura sebanyak 33.6% kepada RM232.48 bilion disokong oleh kenaikan eksport barangan E&E, diikuti oleh Jepun (meningkat sebanyak 30.1% kepada RM98.66 bilion, LNG), Hong Kong SAR (↑24.7% kepada RM95.67 bilion, barangan E&E), China (↑9.4% kepada RM210.55 bilion, barangan E&E) dan Indonesia (↑42.3% kepada RM55.74 bilion, keluaran petroleum). Import berkembang 27% kepada RM845.34 bilion dan menyumbang sebanyak 65.3% daripada jumlah import Malaysia. Barangan E&E, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia merupakan barangan import utama bagi pasaran FTA. Sementara itu, eksport ke Sri Lanka naik 14.1% kepada RM3.45 bilion, Mozambique (↑32.6% kepada RM2.65 bilion), Togo (↑69.6% kepada RM2.32 bilion) dan Papua New Guinea (↑58.9% kepada RM2.25 bilion), disokong oleh kenaikan eksport keluaran petroleum. Mesir Afganistan Mozambique Togo Djibouti Sri Lanka Papua New Guinea RM3.61 billion RM1.57 billion RM2.65 billion RM2.32 billion RM1.65 billion RM3.45 billion RM2.25 billion

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0