100 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN PEMANTAUAN PENCAPAIAN MATRADE PENGANALISISAN HALANGAN PERDAGANGAN BAGI PEMUDAH CARA AKSES PASARAN Salah satu cabaran yang dihadapi oleh pengeksport adalah halangan perdagangan dari segi tarif dan bukan tarif yang dikenakan oleh negara lain. Halangan tarif merupakan satu bentuk halangan dari negara pengimport yang akan menyebabkan kos import menjadi lebih tinggi berbanding kos pembuatan barangan, manakala halangan bukan tarif adalah dalam bentuk peraturan yang perlu dipatuhi bagi mengakses pasaran negara tersebut. Kedua-dua bentuk halangan ini akan meningkatkan kos barangan buatan Malaysia daripada sudut pengimportan dan seterusnya menjadikan syarikat Malaysia kurang berdaya saing. Halangan tarif yang dikenakan oleh negara pengimport dapat ditangani dengan perjanjian perdagangan dua hala seperti Perjanjian Perdagangan Bebas, manakala halangan bukan tarif berbeza mengikut ketetapan negara pengimport. Bagi tahun 2022, halangan bukan tarif terhadap barangan Malaysia dikategorikan sebagai halangan teknikal dan halangan bukan teknikal. Di antara halangan teknikal adalah pelabelan barangan, ramuan makanan dan minuman, syarat sanitari dan fitosanitari produk asas tani serta prasyarat kelestarian atas produk import. Manakala halangan bukan teknikal pula tidak terhad kepada larangan import, keperluan sijil tertentu mengikut negara dan kuota yang telah ditetapkan. Halangan spesifik pula merupakan halangan yang dikenakan terhadap barangan dari kategori tertentu seperti barangan elektrik, kimia dan produk halal serta barangan siap. Dengan adanya penganalisisan ke atas keseluruhan jenis halangan yang boleh merencatkan akses pasaran dan perkembangan eksport bagi barangan buatan Malaysia, MATRADE berupaya memberi panduan serta maklumat terperinci kepada para pengeksport Malaysia mengenai peraturan serta halangan eksport ke negara tertentu. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang, MATRADE meletakkan sasaran tahunan sebagai tanda aras bagi fungsi utama organisasi seperti bilangan program, potensi jualan eksport, syarikat yang dibantu, pengimport dan pengeksport baharu serta maklumat dan risikan pasaran yang diterbitkan. Pemantauan pencapaian dilaksanakan setiap suku tahun melalui pelbagai sistem dalaman yang telah dibangunkan di antaranya Sistem Pengurusan Promosi Perdagangan, Sistem Pengimport Asing, Sistem Daftar Pengeksport Malaysia dan Sistem Pengurusan Dokumen Elektronik. Hasil pemantauan akan dibentangkan kepada Pengurusan MATRADE pada setiap suku tahun untuk memastikan tindakan intervensi diambil bagi menyelaraskan semula fokus dan usaha sekiranya perlu supaya sasaran dapat dicapai. ebagai agensi promosi eksport negara, MATRADE bertangungjawab menyediakan siaran media mengenai prestasi perdagangan Malaysia secara bulanan yang diumumkan oleh Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Data statistik bagi siaran media ini diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan memberikan gambaran menyeluruh mengenai prestasi perdagangan Malaysia yang dibahagikan mengikut barangan serta pasaran tertentu. Selain itu, Nota Jemaah Menteri mengenai prestasi perdagangan ini turut disediakan untuk dibentangkan oleh Menteri di peringkat Kabinet. MATRADE telah membangunkan Malaysia Trade Statistic System (MTSS) sebagai pemudah cara bagi penyediaan siaran media dan membolehkan analisis serta penyelidikan pasaran, industri, barangan dan perkhidmatan dijalankan dengan lebih efisien. Di samping itu, data yang diperoleh daripada sistem ini juga turut digunakan oleh MATRADE bagi merancang strategi meningkatkan eksport negara. PERANCANGAN PROGRAM KERJA TAHUNAN MATRADE
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0