Laporan Tahunan MATRADE 2022

101 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 ANUGERAH PUTRA BRAND EXPORT EXCELLENCE AWARDS (EEA) 2022 THE STAR OUSTANDING BUSINESS AWARD MATRADE sentiasa meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan dengan memberikan tumpuan kepada keberkesanan komunikasi melalui penambahbaikan sistem komunikasi yang bukan sahaja tertumpu kepada proses kerja malah meningkatkan jalinan hubungan antara organisasi dengan pelanggan serta pemegang taruh. Pelbagai langkah dan program telah dirancang dan dilaksanakan oleh MATRADE untuk memenuhi kehendak dan jangkaan pelanggan yang semakin meningkat. Selaras dengan salah satu inisiatif NTBp yang ingin menambah baik jenama eksport Malaysia, MATRADE telah bekerjasama dengan Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As), Malaysian Advertisers Association (MAA), Media Specialists Association (MSA) dan Malaysian Digital Association (MDA) untuk menganjurkan Anugerah Putra Brand dan Anugerah Putra Aria Brand yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada pengeksport jenama tempatan yang cemerlang. Kerjasama kukuh selama 12 tahun di antara 4As dan MATRADE selama ini didorong oleh visi, keazaman dan ketabahan yang dikongsi untuk memperjuangkan pertumbuhan penjenamaan tempatan. MATRADE turut menyokong Export Excellence Awards (EEA) yang dianjurkan oleh Star Media Group dengan kerjasama strategik Standard Chartered bagi memberi pengiktirafan kepada para usahawan dalam industri eksport. Sokongan MATRADE terhadap penganjuran anugerah ini dapat membantu pengeksport tempatan untuk merealisasikan agenda kebangsaan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan ke persada dunia. EEA 2022 telah memperkenalkan dua kategori anugerah baharu iaitu “Rising Star” dan “Woman Exporter of the Year” sebagai penghargaan kepada pengeksport baharu dan usahawan wanita bagi memperkasakan kepelbagaian, ekuiti serta kebersamaan. MATRADE, bagi memperkukuhkan jenamanya telah bekerjasama dengan The Star Media Group sejak tahun 2016 sebagai rakan promosi perdagangan rasmi bagi program SOBA. Program ini bertujuan memberikan pengiktirafan kepada komuniti perniagaan di Malaysia yang banyak menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara. Program ini membolehkan MATRADE menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pihak media dan PKS dari pelbagai industri. Ini juga merupakan satu platform yang sangat baik untuk berinteraksi dengan lebih banyak lagi PKS supaya mereka dapat diberikan pendedahan berkenaan fungsi dan peranan MATRADE dalam mempromosikan eksport negara sekali gus menggalakkan mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa. KOMUNIKASI STRATEGIK

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0