Laporan Tahunan MATRADE 2022

102 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Usaha pendigitalan MATRADE terus dilaksanakan pada tahun 2022 dengan memastikan perkhidmatan ICT yang disediakan dapat memenuhi kehendak pihak berkepentingan dalaman dan luaran. Sejajar dengan hala tuju pendigitalan MATRADE, Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) MATRADE telah dilancarkan pada 16 November 2022 dengan menyenaraikan perancangan inisiatif pendigitalan MATRADE dari tahun 2022 hingga 2026. Pembangunan PSP telah mengambil kira keperluan setiap bahagian di MATRADE, perkembangan dan trend teknologi semasa. Pada tahun 2022 juga, sebanyak lapan inisiatif pendigitalan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) MATRADE bagi memastikan inisiatif pendigitalan terus dilaksanakan di MATRADE. Kelulusan itu melibatkan perolehan peralatan komputer peribadi dan komputer riba; perolehan perkakasan dan perisian keselamatan dan pembangunan sistem aplikasi. TRANSFORMASI PENDIGITALAN MATRADE Portal www.matrade.gov.my kekal sebagai saluran utama bagi komuniti perniagaan Malaysia dan antarabangsa untuk mendapatkan maklumat berkaitan perdagangan, produk dan perkhidmatan Malaysia. Portal baharu MATRADE telah dilancarkan pada 16 Jun 2022 dengan menampilkan wajah dan reka bentuk baharu. Ia mempunyai pelbagai kandungan baharu antaranya penambahan 30 video kisah kejayaan pengeksport Malaysia, direktori produk dan perkhidmatan Malaysia selain memanfaatkan teknologi Content Delivery Network. Dengan lebih 340,000 pengunjung dan paparan halaman 3.7 juta pada tahun 2022, portal MATRADE terus menjadi medium digital utama untuk mempromosikan perkhidmatan MATRADE. Halaman paling tinggi dilawati di portal tersebut adalah Malaysia Products/ Services Directory, Malaysian Brands, Tariff Code References, Market Development Grant dan Trade Events. . Antara negara paling banyak mengakses portal MATRADE adalah Amerika Syarikat, Singapura, India, China, Indonesia, Jepun, Filipina, Hong Kong dan Thailand. PORTAL MATRADE: MEMPROMOSIKAN PENGEKSPORT MALAYSIA SECARA DALAM TALIAN paparan halaman 3.7 JUTA pengunjung 340,000 PEMACUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Knowledge Management (KM) Portal yang berfungsi sebagai Intranet Portal MATRADE turut dilancarkan pada 27 Jun 2022 untuk memudahkan capaian kepada aplikasi dalaman MATRADE di samping membudayakan perkongsian maklumat dalam kalangan warga agensi ini. Modul utama yang diperkenalkan ialah MyDocument, MyForum, MyWiki, MyExpertise dan MyGateway. Kedua-dua portal MATRADE dan Knowledge Management merupakan komponen Projek Digital MATRADE Pakej 3. KNOWLEDGE MANAGEMENT PORTAL: PEMBUDAYAAN PERKONGSIAN MAKLUMAT

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0