Laporan Tahunan MATRADE 2022

103 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 MATRADE terus mempromosikan perkhidmatan digital MyExport iaitu perkhidmatan dalam talian yang membolehkan pengeksport Malaysia berdaftar sebagai ahli MATRADE untuk mengakses risikan pasaran yang eksklusif melalui platform digital. Perkhidmatan MyExport juga membuka peluang kepada pengeksport Malaysia untuk mengakses maklumat perdagangan dan peluang perdagangan secara dalam talian. Pada tahun 2022, MyExport telah menyiarkan sebanyak 1,997 peluang perdagangan, makluman pasaran (504) serta kajian pasaran produk dan perkhidmatan (107). Makluman pasaran dan peluang perdagangan ini disediakan oleh 46 pejabat perdagangan MATRADE di seluruh dunia. Produk makanan dan minuman mendahului senarai selain pembinaan, bahan binaan & perkakasan, hasil pertanian, farmaseutikal, peralatan mandian & kosmetik, produk kimia, mineral dan aloi. Pertanyaan perdagangan telah diterima dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Amerika Latin, Eropah, India, Afrika dan negara ASEAN. Pada tahun 2022, sebanyak tujuh aktiviti promosi dan kesedaran untuk menggalakkan ahli MATRADE melanggan MyExport telah dijalankan dengan kerjasama Unit Khidmat Nasihat Pengeksport dan Unit Latihan Pengeksport. Sehingga 31 Disember 2022, seramai 7,227 ahli MATRADE telah mendapat faedah daripada MyExport. MYEXPORT: PERKHIDMATAN DIGITAL MATRADE Projek Digital MATRADE Pakej 3 yang merupakan kesinambungan Projek Digital MATRADE sebelum ini, menumpukan kepada pembangunan sistem aplikasi yang terdiri daripada Talent Management System (TMS), KPI Management System, Knowledge Management (KM) Portal dan pembaharuan Portal MATRADE. Kesemua sistem aplikasi ini telah beroperasi pada tahun 2022. PROJEK DIGITAL MATRADE MATRADE terus mengekalkan penglibatan di dalam pelaksanaan inisiatif Data Raya Sektor Awam (DRSA) 2.0 oleh MAMPU. Agensi ini turut berkongsi sebanyak 66 set data di Portal Data Terbuka Malaysia (data.gov.my) untuk menggalakkan perkongsian data bersama orang awam di samping meningkatkan ketelusan perkhidmatan awam. PEMANFAATAN ANALITIK DATA RAYA (BIG DATA ANALYTIC) MATRADE terus memantau keselamatan sistem dan rangkaian ICT untuk memastikan ketersediaan, integriti dan kerahsiaan maklumat terpelihara. Melalui aktiviti Security Posture Assessment (SPA), tindakan pengukuhan keselamatan diambil mengikut keutamaan. Sistem aplikasi baharu juga diuji dengan beberapa siri ujian penembusan bagi meminimumkan risiko ancaman keselamatan. PENGUKUHAN KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) MATRADE kekal mencapai KPI ketersediaan sistem ICT pada tahap 99.83% dan ketersediaan rangkaian pada tahap 99.84%. Perkara ini dapat dicapai melalui penyelenggaraan yang komprehensif dan efektif. MATRADE juga telah menyertai MyGovUC 2.0 iaitu perkhidmatan komunikasi dan kolaboratif bersepadu kerajaan pada 1 Disember 2022 bagi menggantikan sistem emel berasaskan Lotus Notes yang digunakan sejak tahun 1999. Kakitangan MATRADE dapat memanfaatkan pelbagai fungsi kolaboratif yang disediakan. Perkhidmatan berasaskan perkomputeran awan ini juga mempunyai ketersediaan tinggi, ciri keselamatan yang lebih baik serta penapisan e-mel spam yang lebih efektif. Inisiatif ini juga dapat memberikan penjimatan dari segi kos penyelenggaraan kepada MATRADE. MENGEKALKAN KELANCARAN PRODUKTIVITI peluang perdagangan maklumat pasaran kajian pasaran 1,997 504 107

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0