104 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan MATRADE, sebanyak 51 latihan ICT telah dilaksana melibatkan bidang kompetensi seperti pengurusan rangkaian, keselamatan ICT, analitik data dan peralatan ICT. Sembilan sesi Technology Update turut diadakan bagi membolehkan penyedia perkhidmatan ICT berkongsi perkembangan teknologi semasa. Pembudayaan ICT turut dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, antaranya dua sesi Town Hall Pendigitalan MATRADE, tiga enewsletter dan enam infografik dihantar melalui e-mel bagi meningkatkan tahap celik digital warga MATRADE. Secara keseluruhan seramai 1,168 warga MATRADE telah terlibat di dalam latihan dan pembudayaan ICT yang dijalankan pada tahun 2022. PENINGKATAN KOMPETENSI DAN PEMBUDAYAAN DIGITAL MATRADE telah membangunkan PSP MATRADE 2022 hingga 2026 yang berperanan merangka pelaksanaan inisiatif ICT dan sebagai pemacu strategik pembangunan serta pelaksanaan pendigitalan MATRADE bagi tempoh lima tahun akan datang. PSP telah dibangunkan secara dalaman mengikuti panduan yang telah disediakan oleh MAMPU. PSP MATRADE melengkapi Pelan Strategik Perniagaan (BSP) MATRADE 3.0, Rangka Tindakan Perdagangan Nasional 20212025 (NTBp), Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL). Pelan ini mengandungi strategi, program dan pelan pelaksanaan inisiatif pendigitalan bagi sistem aplikasi, pengurusan data, infrastruktur ICT, keselamatan ICT, pembangunan sumber manusia ICT dan tadbir urus ICT. Lima teras strategik telah digariskan iaitu: PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) MATRADE 2022 – 2026 Pada tahun 2022, sebanyak 99% warga MATRADE telah menyatakan tahap kepuasan pelanggan “sangat baik” untuk perkhidmatan ICT yang diberikan melalui kaji selidik tahunan. PENILAIAN PERKHIDMATAN ICT MATRADE Dua perkhidmatan IT yang disenaraikan sebagai Prosedur Sokongan MS ISO 9001:2015 iaitu Pengurusan IT Berkaitan Aktiviti Galakan Eksport dan Pengendalian Aduan Sistem IT telah berjaya mengekalkan pencapaian sifar Laporan Ketidakpatuhan (0 NCR) selama 15 tahun berturut-turut sejak tahun 2008. Pencapaian ini membantu MATRADE mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015. PEMATUHAN MS ISO 9001: 2015 Di bawah agenda kelestarian, MATRADE telah menyumbangkan sebanyak 90 unit komputer terpakai kepada enam buah sekolah pada tahun 2022. Inisiatif ini juga dapat memperkenalkan MATRADE kepada komuniti pendidikan. SUMBANGAN CSR KOMPUTER TERPAKAI latihan ICT warga MATRADE dilatih dan pembudayaan ICT 51 1,168 PSP yang dilancarkan semasa Town Hall Pendigitalan MATRADE 2022 pada 29 November 2022 dilaksanakan menerusi 10 strategi dan 46 program yang telah dikenal pasti untuk menambah baik serta meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan MATRADE berteraskan data dan teknologi. Perkhidmatan digital inklusif dan bersepadu Infrastruktur digital yang mampan dan selamat Pemanfaatan kepintaran data Warga celik digital Pengukuhan tadbir urus digital 1 2 3 4 5
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0