PENCAPAIAN 2022 MATRADE telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mencapai matlamat penubuhannya yang merangkumi pembangunan pengeksport dan promosi eksport. Usaha ini melibatkan program pembangunan keupayaan pengeksport, penggalakan eksport, penyebaran maklumat perdagangan dan penyediaan khidmat nasihat serta sokongan berterusan. Dalam fasa pemulihan negara, MATRADE meneruskan inisiatif memanfaatkan teknologi dan platform digital untuk memastikan kelangsungan eksport negara. Program sedia ada telah disesuaikan dengan amalan norma baharu dalam mengatasi kekangan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan negara. Usaha ini membolehkan MATRADE berupaya melaksanakan mandatnya dalam memacu eksport dan menjadikan Malaysia sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. Tahun 2022 menyaksikan Malaysia terus mengekalkan prestasinya yang memberangsangkan dan mencatatkan satu lagi pencapaian terbaik apabila perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan melonjak ke nilai tertinggi yang baharu. Perdagangan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 27.6% kepada RM2.844 trilion berbanding tahun 2021. Import juga mencatatkan satu lagi pencapaian baharu apabila telah melebihi aras RM1 trilion buat pertama kali, meningkat sebanyak 31% kepada RM1.294 trilion. Lebihan dagangan meningkat 1% kepada RM256.2 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-25 tahun berturutturut sejak 1998. MATRADE mempunyai pangkalan data melebihi 10,544 syarikat Malaysia yang masih aktif menjalankan perniagaan berorientasikan eksport. Syarikat ini dibantu dalam melestarikan pertumbuhan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia. Pada tahun 2022, program pembangunan keupayaan pengeksport MATRADE telah memanfaatkan 19,494 syarikat dan program promosi eksport melibatkan sebanyak 3,271 syarikat. MATRADE juga terus menawarkan hala tuju strategik baharu kepada syarikat Malaysia dengan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi digital serta kelestarian bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang. MATRADE akan tetap komited ke arah mengukuhkan ekonomi negara serta bertindak sebagai organisasi peneraju dalam mendukung dan menggalakkan aktiviti eksport negara pada masa akan datang. Eksport berkembang sebanyak kepada RM1.55 trilion, melebihi unjuran RMKe-12, tiga tahun lebih awal dari sasaran yang ditetapkan pada tahun 2025 24.9% Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 11 Perdagangan Malaysia tahun 2022 merekodkan satu lagi pencapaian baharu apabila melepasi aras bagi dua tahun berturut-turut dan mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994 RM2 trilion
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0