12 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN PERUTUSAN PENGERUSI Bangkit daripada cabaran pandemik, tahun 2022 menyaksikan Malaysia berjaya memacu sektor perdagangannya dengan cemerlang bagi melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi. Fokus dan misi utama MATRADE bersama warganya memudahcara syarikat Malaysia untuk meningkatkan eksport negara. Walaupun persekitaran global begitu mencabar, komuniti perniagaan Malaysia kekal berdaya saing susulan permintaan global yang kukuh dan harga komoditi yang tinggi selain mengeksport rangkaian produk bernilai tinggi. Perdagangan Malaysia berjaya mencatat pencapaian terbaik apabila eksport, import dan lebihan dagangan melonjak ke nilai tertinggi dengan eksport Malaysia mencapai sasaran Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12), tiga tahun lebih awal daripada unjuran pada 2025. Prestasi perdagangan Malaysia pada 2022 melebihi RM2 trilion untuk dua tahun berturut-turut dan merekodkan pertumbuhan terpantas sejak 1994 dengan eksport berkembang sebanyak 25% kepada RM1.55 trilion.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0