Laporan Tahunan MATRADE 2022

Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Tan Sri Dr. Halim Mohammad Pengerusi MATRADE Prestasi perdagangan Malaysia pada 2022 melebihi RM2 trilion untuk dua tahun berturut-turut dan merekodkan pertumbuhan terpantas sejak 1994 13 PENDIGITALAN PEMANGKIN EKSPORT Susulan daripada pandemik, MATRADE memanfaatkan teknologi digital untuk memastikan aktiviti perdagangan dan eksport terus dapat dipacu. Kejayaan itu dapat dilihat daripada penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022 yang dijalankan secara hibrid buat pertama kalinya dan berjaya mencatat jualan tertinggi berjumlah RM2.39 bilion. Jumlah ini terdiri daripada jualan pameran sebanyak RM1.65 bilion dan RM745.20 juta jualan daripada program penyumberan antarabangsa (International Sourcing Programme - INSP) di mana RM650.8 juta daripadanya adalah secara fizikal dan RM94.3 juta lagi secara maya. Sejajar dengan aspirasi Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp), Persatuan Perdagangan dan ahlinya diberi keutamaan melalui program Memperkasa Persatuan Perdagangan (ETA) bagi memperkukuh ekosistem eksport dan meningkatkan eksport negara. Selain itu, eksport negara turut ditingkatkan melalui pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang dimeterai di bawah Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) bermula tahun 2022. MEMPERKUKUH DAYA TAHAN Di sebalik ketidaktentuan ekonomi global ekoran tekanan inflasi, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan dunia, MATRADE akan terus memperkasa aktiviti promosi perdagangan antarabangsa dan eksport bagi membuka lebih banyak peluang eksport kepada syarikat tempatan untuk kekal berdaya saing di pasaran global. Aktiviti promosi ini akan dilaksanakan di bawah tiga agenda utama iaitu Pendigitalan, Kemampanan dan NTBp. MATRADE juga telah merangka beberapa program promosi eksport bagi tahun 2023 untuk menyokong komuniti pengeksport Malaysia. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menerajui MATRADE bagi mencapai misi dan matlamatnya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahli Lembaga Pengarah dan semua warga MATRADE yang memberikan dedikasi dan kerjasama erat dalam memastikan semua inisiatif organisasi dapat dicapai sepanjang tahun 2022.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0