Laporan Tahunan MATRADE 2022

14 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN DARI MEJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Perdagangan luar negara yang terus berkembang pesat pasca pandemik menjadi bukti kejayaan program MATRADE dalam membina keupayaan kapasitinya dan mempromosi dagangan. Setelah berjaya mengharungi cabaran pandemik COVID-19, MATRADE meneruskan usaha secara konsisten dalam melaksanakan aktiviti promosi perdagangan bagi meraih peluang meningkatkan eksport setelah pembukaan semula sempadan negara. Usaha MATRADE telah membuahkan hasil apabila eksport Malaysia telah direkodkan sebanyak RM1.552 trilion melepasi sasaran RMKe-12 tiga tahun lebih awal. Sepanjang tahun 2022, MATRADE telah membantu lebih 1,500 syarikat melalui Geran Pembangunan Pasaran dan 585 syarikat melalui program eTRADE 2.0. Secara keseluruhan, MATRADE juga telah membantu hampir 20,000 syarikat meningkatkan keupayaan mereka melalui pelbagai program pembangunan pengeksport. Melalui jaringan 46 pejabat di seluruh dunia, MATRADE membantu mempromosi pengeksport Malaysia ke pasaran global melalui perkongsian maklumat perdagangan dan pasaran.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0