Laporan Tahunan MATRADE 2022

15 Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 EXPO 2020 DUBAI* Sebagai Rakan Kolaborasi Perdagangan & Perniagaan bagi Astaka Malaysia di Expo 2020 Dubai yang berlangsung dari Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022, MATRADE telah menganjurkan lebih 500 padanan perniagaan bagi 21 kementerian, lima kerajaan negeri, 70 agensi dan lebih 400 syarikat. Kolaborasi ini menyaksikan kejayaan MATRADE membantu pengeksport Malaysia meneroka peluang perniagaan di pasaran global dan menyokong industri dalam proses pemulihan ekonomi memasuki fasa peralihan endemik di mana 4,000 petunjuk perdagangan telah direkodkan dan 100 Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM77 bilion ditandatangani. Syarikat Malaysia melibatkan dari pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, logistik, pembinaan, automotif, teknologi hijau, Halal dan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah memeterai kerjasama strategik dengan rakan usahasama dari Qatar, UAE, Arab Saudi, New Zealand, United Kingdom, Jerman, India dan lain-lain. Sempena ekspo ini juga, MATRADE telah menganjurkan dua program Misi Akselerasi Eksport (EAM) dengan kerjasama SME Bank bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mengembangkan perniagaan dengan memanfaatkan platform global yang disediakan di ekspo berkenaan. PRESTASI PERDAGANGAN 2022 Prestasi perdagangan Malaysia pada tahun 2022 terus mengukuh dengan mencatatkan pencapaian baharu apabila berjaya melepasi nilai RM2 trilion bagi dua tahun berturut-turut sekali gus merekodkan pertumbuhan tertinggi sejak 1994. Jumlah dagangan dicatatkan sebanyak RM2.848 trilion, meningkat dua digit iaitu 27.8% berbanding 2021. Eksport negara melonjak sebanyak 25% kepada RM1.552 trilion, melepasi unjuran yang dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) untuk tahun 2025 iaitu tiga tahun lebih awal daripada sasaran. Sementara itu, jumlah import buat pertama kali melepasi paras RM1 trilion iaitu peningkatan sebanyak RM31.3% kepada RM1.297 trilion. Lebihan dagangan pula meningkat sebanyak 0.6% kepada RM255.1 bilion. Ini merupakan lebihan dagangan tahun ke-25 berturut-turut sejak 1998. Kesemua segmen perdagangan iaitu eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai terbesar yang pernah direkodkan. Eksport berkembang sebanyak 25% kepada RM1.552 trilion Perkembangan eksport didorong oleh eksport produk E&E, petroleum, LNG, minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, petroleum mentah serta jentera, peralatan dan alat ganti yang mencatatkan peningkatan lebih RM10 bilion dengan dua digit pertumbuhan. Kesemua produk tersebut mencatatkan nilai eksport tertinggi kecuali petroleum mentah. Sementara itu, eksport kepada rakan perdagangan utama iaitu ASEAN, China, AS, EU dan Jepun mencatat rekod tertinggi baharu. * Catatan: Expo 2020 Dubai telah ditangguhkan ke Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022 berikutan pandemik COVID-19.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0