Laporan Tahunan MATRADE 2022

16 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN TRANSFORMASI DAN REFORMASI Dari tempoh 2020 hingga 2022, MATRADE telah melalui proses transformasi dan reformasi yang pesat. Pelbagai inisiatif dilaksanakan melibatkan pengukuhan jenama, penjimatan sumber dan penjanaan hasil. Pada 6 Disember 2022, Pengerusi MATRADE bersama Lembaga Pengarah telah merasmikan Aras 22 dan 23 Menara MATRADE yang telah diubahsuai dengan reka bentuk dan kemudahan berkelas dunia sekali gus menampilkan wajah korporat baharu MATRADE. Strategi Penjanaan Hasil 2022-2025 juga telah diluluskan pada Mesyuarat Lembaga Pengarah MATRADE. Salah satunya adalah Platform Perdagangan Digital MATRADE (MDTP) iaitu kolaborasi bersama Fusionex Corp Sdn. Bhd. bagi mewujudkan platform perdagangan B2B dan B2C. Ia dilaksanakan dalam empat peringkat dengan fasa pelaksanaan dijangka siap menjelang suku kedua 2023. Projek ini menyasarkan penyertaan 35,000 syarikat tempatan termasuk PMKS dalam tempoh lima tahun dengan nilai eksport di antara RM60 juta hingga RM70 juta. Selain itu, terdapat 11 projek utama penjanaan hasil telah diluluskan dan dijangka akan menjanakan pendapatan hampir RM30 juta setahun kepada MATRADE. Program Persidangan Pesuruhjaya Perdagangan (TC) Rantau Amerika,Eropah dan Asia Timur (Miami, Istanbul dan Tokyo, ) telah diadakan pada November 2022 untuk bertukar dan berkongsi maklumat antara Pejabat Perdagangan dan Ibu Pejabat. Persidangan TC adalah penting bagi membolehkan pengurusan MATRADE berbincang secara bersemuka tentang perkembangan semasa, hala tuju masa depan, kedudukan kewangan dan aspirasi organisasi. INISIATIF PENDIGITALAN MATRADE turut memberikan tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur teknologi maklumat (IT) dalaman dan aplikasi agensi di bawah program Digital MATRADE Pakej 3 (DM3). Dengan teknologi menjadi sandaran terbaik dalam norma baharu, MATRADE perlu meneroka pendigitalan dalam aktiviti promosi perdagangan. Untuk itu, MATRADE mengemukakan cadangan kepada kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) untuk penambahbaikan inisiatif pendigitalan sedia ada. Cadangan ini melibatkan penubuhan Platform Acara Perdagangan Bersepadu (ITEP) iaitu satu platform khusus untuk menghubungkan pembeli dari luar negara dengan syarikat Malaysia secara maya. Cadangan kedua pula adalah bagi membangunkan Portal Maklumat Tunggal untuk Eksport (SIPE) yang menyediakan maklumat komprehensif mengenai rantaian

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0