17 Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 nilai perniagaan dari pelbagai sumber bagi membantu syarikat Malaysia menjadi pemain global. Kedua-dua usaha pendigitalan ini bakal meletakkan MATRADE di barisan hadapan era baharu promosi perdagangan dan menyediakan organisasi ini menghadapi landskap masa depan perdagangan antarabangsa yang lebih mencabar. Malah sebelum tercetus wabak COVID-19, MATRADE sudah melaksanakan proses pendigitalan dalam perkhidmatannya selain menggalakkan pengeksport supaya lebih celik digital. MATRADE juga meningkatkan usaha membantu pengeksport Malaysia dalam beralih kepada norma baharu. Inisiatif ini disambut baik kerana ia mampu mengurangkan kos perniagaan selain meringankan beban kewangan syarikat yang terjejas akibat pandemik. Sebagai contoh, penganjuran MIHAS 2021 dapat dilaksana secara maya sepenuhnya. Inisiatif pendigitalan ini mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila MATRADE menerima Anugerah Pertubuhan Penggalakan Perdagangan Dunia (WTPO) sebagai pemenang kategori Penggunaan Teknologi Maklumat Terbaik dalam promosi perdagangan pada 2022. AGENDA KELESTARIAN Agenda kelestarian merupakan satu usaha global yang telah memberi impak kepada pelbagai negara, industri dan syarikat yang beroperasi. Pasaran-pasaran negara maju seperti EU, Amerika Syarikat dan Jepun telah menetapkan syarat keperluan seperti penyumberan bertanggungjawab dan beretika mengikut garis panduan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk import barangan ke negara mereka. Justeru, MATRADE menggalakkan pengeksport Malaysia mengamalkan kelestarian perniagaan yang dapat membantu mereka menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global. Dengan kerjasama strategik jenama besar dan pemain global seperti CIMB, Bank Islam, Standard Chartered dan DHL, MATRADE telah menganjurkan webinar dan sesi perkongsian pengetahuan tentang kelestarian dengan menampilkan penceramah terkenal untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan panduan. Semua Pesuruhjaya Perdagangan (TC) telah diarahkan untuk terus memantau perkembangan melibatkan ESG di bawah jagaan masing-masing dan memberikan maklumat terkini kepada Ibu Pejabat dari semasa ke semasa serta melakukan analisis dan penilaian impaknya terhadap eksport negara. RANGKA TINDAKAN PERDAGANGAN NASIONAL (NTBp) MATRADE meneruskan usaha merealisasikan syor-syor yang terkandung dalam NTBp dalam usaha meningkatkan daya saing eksport negara. Dengan keterlibatan semua pemegang taruh dari sektor awam dan swasta, kumpulan-kumpulan kerja yang diwujudkan di bawah seliaan MITI bersama-sama MATRADE gigih dalam usaha mencapai objektif NTBp bagi meningkatkan kedudukan Malaysia di dalam senarai teratas 20 negara perdagangan global. . Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang memberikan sokongan kuat dan buah fikiran bernas dalam membantu menjayakan misi MATRADE merealisasikan inisiatifnya. Begitu juga kepada pengurusan tertinggi MITI yang banyak memberikan kerjasama dan panduan. Saya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Pengarah, pengurusan tertinggi dan kanan serta semua warga MATRADE yang komited dalam menjadikan organisasi ini gemilang dan terbilang serta membentuk warganya yang cemerlang. Terima kasih, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0