28 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN PRESTASI PERDAGANGAN MALAYSIA 2022 Pada tahun 2022, perdagangan Malaysia masih mengekalkan prestasinya yang memberangsangkan dan mencatatkan satu lagi pencapaian terbaik apabila perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan melonjak ke nilai tertinggi yang baharu. Ini merupakan gambaran positif bahawa perdagangan negara sedang berada pada trajektori peningkatan yang didorong oleh faktor permintaan luar yang tinggi serta harga komoditi yang kukuh. Perdagangan merekodkan satu lagi pencapaian baharu apabila melepasi aras RM2 trilion bagi dua tahun berturutturut dan mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994. Perdagangan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 27.6% kepada RM2.844 trilion berbanding tahun 2021. Eksport berkembang sebanyak 24.9% kepada RM1.55 trilion, melebihi unjuran dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12), tiga tahun lebih awal dari sasaran yang ditetapkan pada tahun 2025. Import mencatatkan satu lagi pencapaian baharu apabila telah melebihi aras RM1 trilion buat pertama kali, naik sebanyak 31% kepada RM1.294 trilion. Lebihan dagangan meningkat 1% kepada RM256.2 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-25 tahun berturut-turut sejak 1998. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai yang tertinggi setakat ini. ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merupakan lima rakan dagang utama Malaysia pada tahun 2022. Secara keseluruhan, kelima-lima pasaran ini merangkumi 67.6% daripada jumlah perdagangan Malaysia. ASEAN juga merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia, diikuti oleh China, AS, EU dan Jepun. Kelima-lima pasaran ini menyumbang 68.1% kepada jumlah eksport negara. Manakala, lima sumber utama import adalah ASEAN, China, Taiwan, AS dan EU yang secara kolektif menyumbang 68.8% kepada jumlah keseluruhan import Malaysia. Pada tahun 2022, eksport bagi sektor utama iaitu barangan perkilangan, keluaran pertanian dan hasil galian merekodkan jumlah tertinggi dengan pertumbuhan dua digit. Eksport barangan perkilangan berkembang sebanyak 22.1% berbanding tahun 2021, melepasi aras RM1 trilion buat kali kedua dengan jumlah RM1.305 trilion. Ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan, mewakili 84.2% daripada jumlah eksport. Barangan elektrik dan elektronik (E&E) merupakan penyumbang terbesar kepada komposisi eksport dengan 38.3% syer, bertambah sebanyak 30% kepada RM592.96 bilion. Peningkatan ini disumbangkan oleh permintaan yang kukuh bagi semikonduktor berikutan peningkatan kitaran teknologi global serta pendigitalan perniagaan RAKAN DAGANG UTAMA ASEAN r China AS EU Jepun 67.6% daripada perdagangan Mewakili
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0