30 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN JUMLAH PERDAGANGAN RM771.83 bilion 34% EKSPORT RM452.83 bilion 31.8% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM319 bilion 37.1% RUMUSAN PRESTASI PASARAN Sebagai rakan dagang yang penting dan strategik bagi Malaysia, perdagangan dengan ASEAN pada tahun 2022 meningkat sebanyak 33.8% kepada RM770.78 bilion berbanding tahun sebelumnya, merupakan nilai tertinggi setakat ini. Perdagangan dengan ASEAN merangkumi 27.1% daripada jumlah perdagangan Malaysia. Lima daripada 20 rakan dagang utama Malaysia merupakan negara ASEAN iaitu Singapura (kedua), Indonesia (keenam), Thailand (ketujuh), Viet Nam (ke-12) dan Filipina (ke-16). Eksport ke ASEAN mencatatkan peningkatan sebanyak 31.8% kepada RM452.72 bilion, menyumbang 29.2% kepada jumlah eksport Malaysia. Eksport ke kesemua pasaran ASEAN telah merekodkan pertumbuhan. Barangan yang mencatatkan peningkatan eksport ke ASEAN adalah barangan E&E, keluaran petroleum serta petroleum mentah. Sementara itu, barangan eksport utama ialah barangan E&E dengan syer sebanyak 37%, keluaran petroleum (17.6%) serta kimia dan bahan kimia (7%). Import dari ASEAN berkembang sebanyak 36.7% kepada RM318.05 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia. Singapura merupakan pasaran eksport utama dan menyumbang 51.4% kepada jumlah eksport ke rantau ini. Ini diikuti oleh Thailand (14.5%), Indonesia (12.3%), Viet Nam (11.8%), Filipina (6.2%), Brunei (1.7%), Myanmar (1.3%), Kemboja (0.5%) dan Lao PDR (0.2%). Eksport ke Singapura berkembang sebanyak 33.6% kepada RM232.48 bilion berikutan eksport barangan E&E, keluaran petroleum serta jentera, kelengkapan dan peralatan yang lebih tinggi. Barangan eksport utama ke Singapura adalah barangan E&E dengan syer sebanyak 49.6%, keluaran petroleum (16.3%) serta jentera, kelengkapan dan peralatan (7%). Import dari Singapura meningkat sebanyak 44.2% kepada RM135.04 bilion. Barangan import utama adalah keluaran petroleum, barangan E&E serta kimia dan bahan kimia. PASARAN EKSPORT UTAMA *syer kepada jumlah eksport rantau ini BARANGAN E&E KELUARAN PETROLEUM KIMIA & BAHAN KIMIA ASEAN Filipina 6.2% Singapura 51.4%* Brunei 1.6% !ailand Indonesia Viet Nam 14.5% Myanmar 1.3% Lao PDR 0.2% 12.4% Kemboja 0.5% 11.8%
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0