35 Laporan Prestasi Perdagangan Laporan Tahunan MATRADE 2022 Pada tahun 2022, eksport barangan perkilangan meningkat 22.1% kepada RM1.305 trilion berbanding tahun 2021, merangkumi 84.2% daripada jumlah eksport Malaysia. Barangan E&E memegang syer terbesar sebanyak 38.3% daripada jumlah eksport, berkembang 30% kepada RM592.96 bilion. Peningkatan ini disumbangkan oleh permintaan yang kukuh bagi semikonduktor berikutan peningkatan kitaran teknologi global serta pendigitalan perniagaan. Pasaran eksport utama bagi barangan E&E adalah Singapura (19.4% syer), AS (16.2%) dan China (13.7%). Keluaran petroleum merupakan penyumbang kedua terbesar dan merangkumi 10.4% daripada jumlah eksport. Eksport keluaran petroleum melonjak sebanyak 67.6% kepada RM161.21 bilion berbanding tahun 2021. Pasaran eksport utama bagi keluaran petroleum adalah Singapura dengan syer sebanyak 23.4%, Indonesia (15.9%) dan Australia (9.6%). Eksport keluaran pertanian pada tahun 2022 merekodkan nilai tertinggi sebanyak RM120.9 bilion, berkembang sebanyak 23.3% berbanding tahun sebelumnya dan merangkumi 7.8% syer daripada jumlah eksport Malaysia. Barangan eksport utama bagi keluaran pertanian adalah minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (6.2% syer), getah asli (0.3%) serta kayu gergaji dan kumai (0.2%). Pasaran eksport utama bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit adalah India dengan syer sebanyak 16.4%, diikuti oleh China (10.2%) dan Belanda (8.2%). Eksport hasil galian yang merangkumi 7.6% syer daripada jumlah eksport negara pada tahun 2022 melonjak sebanyak 68.2% kepada RM117.35 bilion berbanding tahun 2021. Barangan eksport utama bagi hasil galian adalah LNG (4.4% syer), petroleum mentah (2.1%) serta bijih logam dan serpihan logam (0.7%). Jepun merupakan pasaran eksport LNG yang terbesar bagi Malaysia, mewakili 44.9% syer disusuli oleh China (26.5%) dan Republik Korea (18.4%). EKSPORT RM1,307 trillion 22.3% BARANGAN EKSPORT UTAMA BARANGAN E&E PRESTASI SEKTOR BARANGAN UTAMA Manakala, eksport kimia dan bahan kimia merupakan penyumbang ketiga terbesar (5.2% syer), mencatatkan peningkatan sebanyak 14% kepada RM80.58 bilion. Pasaran eksport utama bagi kimia dan bahan kimia adalah China dengan syer sebanyak 23.8%, Thailand (10.6%) dan Indonesia (9.6%). Barangan perkilangan lain yang menyumbang kepada perkembangan eksport adalah: • Jentera, kelengkapan dan peralatan (↑21% kepada RM60.41 bilion); • Barangan optik dan saintifik (↑20.7% kepada RM56.63 bilion); • Barangan perkilangan berasaskan minyak sawit (↑26.5% kepada RM41.39 bilion); • Barangan besi dan keluli (↑15% kepada RM33.83 bilion); dan • Barangan makanan diproses (↑15.5% kepada RM28.41 bilion). EKSPORT BARANGAN PERKILANGAN EKSPORT KELUARAN PERTANIAN EKSPORT HASIL GALIAN RM593.52 billion 38.3%
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0