Laporan Tahunan MATRADE 2022

36 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN PRESTASI IMPORT Pada tahun 2022, jumlah import Malaysia berkembang 31% kepada RM1.294 trilion. Tiga barangan import utama mengikut kategori penggunaan akhir yang menyumbang 71.9% kepada jumlah import negara adalah seperti berikut: • Barangan pengantara bernilai RM706.55 bilion atau 54.6% daripada jumlah import, naik sebanyak 64.6% berbanding tahun 2021, berikutan pertambahan import bahan api dan pelincir utama; • Barangan modal (RM120.23 bilion atau 9.3% daripada jumlah import), meningkat sebanyak 32.5%, disumbangkan oleh import yang lebih tinggi bagi barangan modal bukan kenderaan; dan • Barangan penggunaan (RM104.02 bilion atau 8% daripada jumlah import), berkembang sebanyak 40.3%, hasil kenaikan import makanan dan minuman diproses khusus untuk penggunaan isirumah. ASEAN, China, Taiwan, AS dan EU merupakan sumber import utama Malaysia. Secara kolektif, pasaran-pasaran ini menyumbang 68.8% kepada jumlah import. Barangan perkilangan mewakili 83.2% daripada jumlah keseluruhan import Malaysia. Barangan import utama bagi barangan perkilangan adalah: • Barangan E&E bernilai RM393.47 bilion, mewakili 30.4% syer daripada jumlah import, berkembang sebanyak 25.1% berbanding tahun 2021; • Keluaran petroleum, RM145.64 bilion, 11.3% syer (↑62.6%); • Kimia dan bahan kimia, RM115.51 bilion, 8.9% syer (↑19.6%); • Jentera, kelengkapan dan peralatan, RM89.38 bilion, 6.9% syer (↑30.2%); dan • Barangan perkilangan logam, RM63.85 bilion, 4.9% syer (↑17.8%). IMPORT RM987.34 bilion 23.3% BARANGAN PENGANTARA RM545.80 bilion 27.2% BARANGAN MODAL RM103.82 bilion 14.4% BARANGAN PENGGUNAAN RM83.89 bilion 13.2%

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0