37 Laporan Prestasi Perdagangan Laporan Tahunan MATRADE 2022 PRESTASI SEKTOR PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN LAIN 31.2%* PERKHIDMATAN PEMBUATAN BAGI INPUT FIZIKAL DIMILIKI PIHAK LAIN 17.8% PENGANGKUTAN 17.8% PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI, KOMPUTER & MAKLUMAT 15.9% PEMBINAAN 4.4% KOMPONEN EKSPORT UTAMA * syer kepada jumlah eksport JUMLAH PERDAGANGAN RM323.32 bilion RM138.95 bilion RM184.37 bilion RM45.42 bilion 0.5% 0.5% 0.5% EKSPORT IMPORT DEFISIT DAGANGAN Jumlah perdagangan bagi perkhidmatan Malaysia pada tahun 2022 naik sebanyak 39.4% kepada RM336.94 bilion berbanding tahun 2021. Eksport melonjak sebanyak 59.3% kepada RM140.27 bilion disebabkan oleh peningkatan eksport terutamanya perjalanan (↑8,693.5%), pengangkutan (↑55.4%) serta perkhidmatan perniagaan lain (↑28.2%). Peningkatan sektor perkhidmatan disokong oleh kelonggaran prosedur operasi standard COVID-19 berikutan peralihan Malaysia ke fasa endemik bermula 1 April 2022. Lima komponen eksport utama telah menyumbang 86.6% kepada jumlah eksport perkhidmatan. Komponen tersebut adalah perkhidmatan perniagaan lain dengan 22.4% syer, perjalanan (20.2%), pengangkutan (18.3%), perkhidmatan pembuatan bagi input fizikal dimiliki pihak lain (14.4%) serta telekomunikasi, komputer dan maklumat (11.4%). Benua Asia merupakan pasaran rantau terbesar bagi eksport perkhidmatan, mewakili 55.1% syer diikuti oleh benua Amerika (26.9%) dan benua Eropah (14%). Ketiga-tiga pasaran ini menyumbang 97% share kepada jumlah eksport perkhidmatan Malaysia. Singapura adalah pasaran eksport yang terbesar di benua Asia, mewakili 24.6% syer daripada jumlah eksport perkhidmatan Malaysia diikuti oleh Hong Kong SAR (5.7%), Indonesia (4.8%), China (3.7%) dan Jepun (2.7%). Selain pasaran di benua Asia, pasaran utama bagi eksport perkhidmatan adalah AS, United Kingdom, Australia, Jerman dan Belanda, masing-masing dengan syer sebanyak 26.2%, 5.3%, 3%, 2.1% dan 1.6%. Import meningkat sebanyak 27.9% kepada RM196.67 bilion didorong oleh import yang lebih tinggi bagi perjalanan; pengangkutan serta perkhidmatan perniagaan lain. Komponen import utama adalah pengangkutan; perkhidmatan perniagaan lain; perjalanan; telekomunikasi, komputer dan maklumat serta perkhidmatan insurans dan pencen. Ekoran daripada pertumbuhan eksport yang lebih tinggi berbanding import, defisit dagangan menguncup kepada RM56.4 bilion berbanding RM65.66 bilion pada tahun 2021. PRESTASI PERDAGANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0