Laporan Tahunan MATRADE 2022

43 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Webinar merupakan usaha berterusan MATRADE bersama Pejabat MATRADE di luar negara dalam berkongsikan maklumat terkini mengenai pasaran dan industri kepada para pengeksport secara maya. Seksyen ASEAN & Oceania telah melaksanakan enam (6) siri webinar sepanjang tahun 2022 bagi menggalakkan peluasan pasaran ke Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar, Thailand dan Australia. Penyertaan adalah terbuka kepada syarikat-syarikat dan pihak berkepentingan yang ingin mendapatkan maklumat pasaran lebih lanjut dan memanfaatkan ilmu perkongsian daripada Pesuruhjaya Perdagangan serta penceramah luar. Antara topik yang disentuh adalah berkait rapat dengan akses pasaran, prosedur dan pensijilan, industri halal dan penubuhan korporat di pasaran luar. Webinar Maya Sepanjang tahun 2022 International Sourcing Programme (INSP) yang berlangsung selama tiga bulan berjaya meraih jualan sebanyak RM617,246.98 dengan penglibatan tiga buah syarikat dari sektor makanan dan minuman, gaya hidup dan peralatan perubatan. Sebuah syarikat dipadankan dengan pengimport menerusi INSP secara fizikal manakala dua syarikat tempatan yang lain bertemu dengan pengimport secara maya. INSP ASEAN & Oceania (Hybrid) Hibrid 1 Okt – 31 Dis 2022 MATRADE juga mengaturkan sesi padanan perniagaan yang dikenali sebagai e-BizMatch antara syarikat Malaysia dengan pengimport dari negara ASEAN & Oceania. Secara keseluruhannya, 31 sesi e-BizMatch telah dianjurkan dengan penglibatan sektor seperti makanan dan minuman, gaya hidup, perabot, bahan binaan, peralatan perubatan, elektrik dan elektronik, teknologi hijau dan pendidikan. Sesi e-BizMatch tersebut telah meraih jumlah jualan sebanyak RM260,049,280.46. e-BizMatch Maya Sepanjang tahun 2022 Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Jepun pada 23 – 28 Mei 2022 adalah bersempena Persidangan Antarabangsa Nikkei ke -27 dengan tema ‘The Future of Asia: Redefining Asia’s Role in a Divided World’. Lawatan kerja YAB PM pada tahun 2022 juga meraikan Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur bersama Jepun yang bermula pada 1982. YB Menteri Kanan MITI juga turut serta dalam delegasi lawatan kerja ini di mana MATRADE dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menyusun pelbagai program untuk meningkatkan perdagangan dan menarik pelaburan dari Jepun. Semasa menghadiri persidangan ini, YAB PM serta delegasi Malaysia telah berpeluang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun dan turut mendapat liputan oleh media terkemuka Jepun seperti Nikkei dan TV Tokyo. Seterusnya, sesi Meet and Greet bersama syarikat konglomerat dan pemain industri utama dari Jepun (Sogo Sosha) juga telah diatur. Lebih 20 buah Sogo Sosha dan wakil komuniti perniagaan Jepun seperti Mitsubishi, Marubeni, Aeon, Sumitomo, NTT dan Hitachi telah menghadiri mesyuarat ini. Kesemua peserta mengambil bahagian secara aktif dalam Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Jepun Jepun 23 – 28 Mei 2022 SEKSYEN CHINA & ASIA TIMUR (CNEA) perbincangan semasa mesyuarat dijalankan dan menunjukkan minat untuk bekerjasama dalam sektor kenderaan elektrik (electric vehicle), halal, pengajian tinggi, farmaseutikal dan pelancongan. Selain itu, MATRADE bersama MIDA juga telah menyelaras program bagi YB Menteri Kanan MITI dengan beberapa Sogo Sosha terkemuka Jepun seperti Marubeni Corporation, House Foods Group dan Murata Manufacturing yang akan membantu meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia ke Jepun. YB Menteri Kanan MITI turut mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatan di Jepun dari Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI). Mesyuarat ini turut menyaksikan Memorandum Kerjasama (MoC) ditandatangani antara kedua negara dalam kerjasama membangunkan industri penerbangan. Kerjasama ini meliputi pertukaran kepakaran, seminar, sesi padanan perniagaan serta pembangunan sumber manusia dalam merancakkan sektor penerbangan di Malaysia dan Jepun.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0