Laporan Tahunan MATRADE 2022

44 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN MATRADE telah mengkoordinasi Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Tokyo, Jepun dari 3 – 6 September 2022 untuk mempergiatkan perdagangan dan menerokai peluang perniagaan dan kerjasama dalam projek-projek pelaburan serta perdagangan di antara Malaysia dan Jepun. Jepun merupakan rakan perdagangan yang keempat terbesar dan pengeksport terbesar keempat buat Malaysia. Misi ini selari dengan Dasar Pandang ke Timur (Look East Policy 2.0) dan juga untuk merintis peluang eksport di bawah perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Jepun. Walaupun pandemik COVID-19 masih berterusan ketika itu, TIM tetap dianjurkan oleh MITI dan agensi (MATRADE & MIDA) bagi memulihkan aktiviti perniagaan yang telah dihadkan sejak penularan wabak itu. Bagi MATRADE, objektif utama adalah untuk menghubungkan pembeli dan syarikat terkemuka yang boleh membantu meningkatkan eksport dari Malaysia dan mendorong agenda perdagangan. Antara program yang dijalankan semasa TIM ke Jepun adalah mesyuarat dua halal serta mesyuarat dengan syarikat Jepun yang berminat untuk berdagang dan melabur di Malaysia serta mempromosikannya sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan utama di rantau ini. Di Tokyo, MATRADE telah mengaturkan perjumpaan bersama dua syarikat konglomerat dari Jepun iaitu Sumitomo Corporation dan ADEKA Corporation. Produk dan perkhidmatan yang menjadi perhatian adalah perdagangan, produk besi & keluli, kejuruteraan, ICT & media digital, halal dan perkhidmatan berkaitan serta minyak kelapa sawit. Hasil daripada perbincangan dan perjumpaan ini, MATRADE menyasarkan potensi jumlah eksport bagi produk dan perkhidmatan tersebut akan meningkat sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan negara. Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Jepun Tokyo, Jepun 3-6 Sept 2022 Produk Makanan dan Minuman, Halal, Minyak Kelapa Sawit, Digital & Perkhidmatan IT, Produk Hijau & Lestari, Produk Berkaitan Pembungkusan Mesyuarat bersama PETRONAS di Jepun yang turut dihadiri YB Menteri Kanan MITI dan Duta Besar Malaysia ke Jepun. Mesyuarat bersama Sumitomo Corporation

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0