45 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 MIACES 2022 merupakan platform untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab antarabangsa bagi komoditi pertanian, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama produk pertanian dan mempamerkan inovasi dan teknologi tempatan di peringkat antarabangsa. Program Penyumberan Antarabangsa sempena Malaysia International Agricommodity Expo & Summit (MIACES 2022) telah dianjurkan oleh MATRADE dengan kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC) dan penganjur acara My Events International Sdn. Bhd. Seramai 10 pembeli asing dari 3 negara ASEAN iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam telah menyertai 30 sesi padanan perniagaan bersama syarikat-syarikat pengeksport Malaysia. Antara produk yang direkodkan adalah minyak sawit dan produk berasaskan getah serta kayu. Program Penyumberan Antarabangsa sempena Malaysia International Agricommodity Expo & Summit (MIACES 2022) Kuala Lumpur, Malaysia Almaty, Kazakhstan 26 – 28 Jul 2022 7-9 Sep 2022 SEKSYEN ASIA TENGAH, BARAT, SELATAN DAN AFRIKA Kazbuild 2022 merupakan antara pameran terbesar di Kazakstan bagi sektor pembinaan sejak tahun 1994. Pada tahun 2022, Kazbuild telah merekodkan penyertaan lebih 350 pempamer dan 5,600 pengunjung khususnya dari Rusia dan negara-negara Asia Tengah. MATRADE menyelaras penyertaan enam (6) syarikat Malaysia pada pameran ini bagi meningkatkan eksport bahan binaan dan perkhidmatan pembinaan di pasaran Asia Tengah. Sejumlah 35 sesi padanan perniagaan di antara syarikat Malaysia dengan syarikat pemaju terkemuka di Kazakhstan telah diatur sepanjang pameran berlangsung yang menjana jualan eksport sebanyak RM124.26 juta. Pameran Perdagangan Antarabangsa Kazbuild 2022 MATRADE bersama CSQ Network Sdn Bhd dan Mond Academy telah menganjurkan program Malaysia Kazakhstan Entrepreneurs Network (MKEN) 2022 pada 3 Oktober 2022 di Menara MATRADE, Kuala Lumpur. Objektif utama penganjuran MKEN adalah untuk menjadikannya sebagai satu platform untuk memperkasa hubungan perniagaan antara MalaysiaKazakhstan dan juga meneroka peluang pasaran di kedua-dua negara. Dalam Program Penyumberan Antarabangsa yang diadakan sempena MKEN 2022, sebanyak 69 sesi padanan perniagaan telah diatur melibatkan 51 syarikat Malaysia dan 23 syarikat Kazakhstan. Antara produk dan perkhidmatan yang diketengahkan adalah dari sektor makanan dan minuman, teknologi maklumat, perabot, perkhidmatan konsultasi, pembinaan serta pendidikan. Program Penyumberan Antarabangsa sempena Malaysia Kazakhstan Entrepreneur Network (MKEN) 2022 Kuala Lumpur, Malaysia 3 Okt 2022 Seksyen CWSAA telah mengendalikan Program Penyumberan Antarabangsa secara maya (INSP-eBizMatch) bermula 1 Ogos sehingga 31 Disember 2022. Sebanyak 16 sesi eBizMatch melibatkan lima pembeli dari India, Kenya, Afrika Selatan dan Tanzania dengan 15 pengeksport Malaysia telah diaturkan bagi tujuan penyumberan produk makanan dan minuman serta perkhidmatan pembinaan. Program eBizMatch 2022 sesi eBizMatch pengeksport Malaysia 16 15
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0