Laporan Tahunan MATRADE 2022

46 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Seksyen Eropah and Amerika telah melaksanakan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Eropah (Pembeli Premium) 2022 secara maya untuk memperkenal dan memadankan pengimport asing dengan syarikat-syarikat Malaysia bagi meneroka peluang perniagaan yang dikenal pasti. Sejumlah 12 padanan perniagaan secara maya melibatkan 12 syarikat Malaysia dengan tujuh syarikat pengimport dari enam (6) negara iaitu Belgium, Hungary, Jerman, Rusia, Türkiye dan United Kingdom telah diuruskan. Jualan eksport yang dijana adalah berjumlah RM52.41 juta. Produk dan perkhidmatan yang telah dipromosikan meliputi pemasangan papan litar bercetak (printed circuit board assembly), kontrak pembuatan cable harness (contract manufacturing of cable harness), penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (maintenance, repair and overhaul) kereta api serta produk makanan diproses termasuk makanan laut. Pejabat MATRADE Istanbul telah menyelaras lawatan kerja YB Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersempena dengan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia ke Republik Türkiye pada 5-8 Julai 2022. Semasa lawatan kerja tersebut, YB Menteri Kanan yang diiringi oleh MATRADE dan MIDA telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan beliau iaitu Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Mehmet Muş, Menteri Perdagangan Republik Türkiye. Mesyuarat tersebut telah berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya dalam mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala serta kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Republik Türkiye. Kedua-dua negara juga bersetuju untuk membawa hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya melalui perluasan skop Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia - Türkiye (MTFTA). Perluasan skop MTFTA meliputi sektor perkhidmatan, e-dagang dan pelaburan. Malaysia melalui MATRADE, bersedia untuk mengadakan kerjasama teknikal dan aktiviti pembinaan kapasiti dengan pihak berkuasa perdagangan yang berkaitan di Republik Türkiye untuk meningkatkan lagi prestasi perdagangan. Sejak MTFTA dimeterai pada 17 April 2014 dan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2015, jumlah perdagangan di antara kedua-dua negara telah melonjak sebanyak 261.2 peratus ke RM20.25 billion berbanding RM5.61 billion pada tahun 2015. Pada tahun 2022, Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM14.53 billion dengan Republik Türkiye. Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Eropah [Pembeli Premium] 2022 Lawatan Kerja Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Sempena Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia ke Republik Türkiye Kuala Lumpur, Malaysia Istanbul, Türkiye 1 Apr - 31 Dis 2022 5 - 8 Jul 2022 SEKSYEN EROPAH DAN AMERIKA

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0