48 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Mexico dan Peru telah dilaksanakan dari 28 Jun - 8 Julai 2021. Tujuan utama TIM ini adalah untuk meneroka pasaran baharu dengan mengenal pasti potensi kepelbagaian produk dan perkhidmatan Malaysia yang boleh dipenuhi berdasarkan permintan yang terdapat di kedua-dua negara tersebut. Pengisian misi ini membabitkan penganjuran beberapa siri mesyuarat dua hala antara YB Timbalan Menteri (YBTM) bersama rakan sejawatan di kedua-dua negara tersebut iaitu: 1. Timbalan Menteri Ekonomi Mexico, Luz María de la Mora Sánchez; 2. Timbalan Menteri Perdagangan Luar Peru, Ana Cecelia Gervasi; serta 3. Timbalan Menteri Ekonomi Peru, Alex Alonso Contretas Miranda. Mesyuarat tersebut telah membincangkan potensi, kerjasama dan peluang perdagangan serta pelaburan dua hala antara Malaysia-Mexico serta Malaysia-Peru. Perbincangan tersebut lebih tertumpu kepada peluang perdagangan dan pelaburan yang tersedia di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership - CPTPP) yang disertai oleh Malaysia, Mexico dan Peru. Salah satu manfaat yang dapat dinikmati oleh syarikat Malaysia di bawah perjanjian CPTPP adalah dari sudut potensi untuk menjadikan Mexico dan Peru sebagai hab pengedaran produk dan perkhidmatan Malaysia di rantau Amerika Latin. Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Mexico & Peru Mexico City, Mexico & Lima, Peru 28 Jun - 8 Jul 2022 Selain itu, pelbagai sektor ekonomi dijangka menikmati manfaat termasuk keutamaan akses untuk mengeksport produk serta perkhidmatan mereka ke negara anggota CPTPP termasuk Mexico dan Peru. Sebanyak 12 pertemuan secara bersemuka (one-to-one) bersama syarikat pengimport, pertemuan meja bulat dengan ketua-ketua industri/dewan dan persatuan perniagaan telah diatur oleh MATRADE dan berjaya dilaksanakan di kedua-dua negara tersebut. Antara sektor berpotensi yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut: 1. Mexico - getah, automotif, perabot, kenderaan elektrik, ekonomi digital, kandungan kreatif (creative content) dan sektor makanan dan minuman serta industri halal; dan 2. Peru - perabut, getah (sarung tangan/kondom), teknologi pertanian, halal, e-Dagang. TIM ini juga merupakan kesinambungan yang penting di mana misi terakhir ke Mexico dan Peru adalah pada tahun 2016 dan ia menjadi titik permulaan dalam usaha menjalin semula serta memperkasa hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dengan Mexico dan Peru pasca pandemik.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0