Laporan Tahunan MATRADE 2022

49 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 SEKTOR ELEKTRIK & ELEKTRONIK, ICT, JENTERA & PERALATAN PROGRAM PROMOSI EKSPORT MENGIKUT SEKTOR SEMICON SEA merupakan pameran perdagangan antarabangsa utama bagi rantaian bekalan pembuatan elektronik global yang mengumpulkan syarikat dan pemain industri E&E khususnya di rantau Asia Tenggara. MATRADE telah menganjurkan INSP bersempena dengan SEMICON SEA 2022 secara maya bagi memberi peluang kepada syarikat Malaysia bertemu dengan rakan potensi bisnes dari luar negara yang berminat melakukan penyumberan bagi pengeluaran dan pemasangan komponen produk E&E. Syarikat tempatan Malaysia mempunyai keupayaan tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran global, hasil daripada pengalaman bekerjasama dengan syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia. Program ini juga meletakkan Malaysia sebagai hab penyumberan produk industri E&E di Asia Tenggara. Padanan perniagaan diadakan secara maya masing-masing melibatkan empat syarikat Malaysia dan syarikat asing dari tiga negara iaitu Myanmar, India, dan China. Produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi antaranya adalah peralatan solar, produk elektronik bagi kegunaan industri dan pengguna, produk dan sistem pendingin hawa serta aksesori dan peralatan lampu. Virtual INSP sempena SEMICON Southeast Asia (SEA) Pulau Pinang, Malaysia 31 Jun - 30 Sept 2022

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0