50 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN SEMICON West 2022 merupakan pameran perdagangan antarabangsa terkemuka dunia bagi industri semikonduktor dan mikroelektronik, yang berlangsung di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) dari 12 - 14 Julai 2022. Pameran ini dihadiri oleh pemain industri dari rangkaian bekalan E&E seluruh dunia dan merupakan platform penting untuk memperkenalkan produk dan teknologi terbaharu merangkumi automasi reka bentuk elektronik, pembuatan komponen elektronik, pemasangan dan ujian semikonduktor penyumberan luar (Outsourced Semiconductor Assembly and Test-OSAT), diod pemancar cahaya (Light Emitting DiodeLED), Sistem Elektro-Mekanikal Mikro (MEMS), fotovoltaik dan nanoelektronik. Sebanyak 381 pempamer dari 36 negara menyertai pameran ini dengan kehadiran seramai 4,222 pelawat. Pada edisi ke-52, Malaysia merupakan satu-satunya negara dari rantau ASEAN yang mempunyai astaka negara (national pavilion). MATRADE menyelaras penyertaan enam (6) syarikat Malaysia iaitu pengeluar peralatan pengujian wafer elektronik, sistem pemeriksaan optik automatik, perkhidmatan pembuatan elektronik dan pemesinan ketepatan bahagian. Penyertaan dalam SEMICON West merupakan usaha berterusan MATRADE bagi mempromosi produk dan perkhidmatan berkaitan semikonduktor di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah serta rantau berdekatan. Pada tahun 2022, AS merupakan pasaran eksport E&E kedua terbesar dengan nilai eksport RM96.0 bilion (16.2% syer eksport keseluruhan E&E). Sebanyak 70 sesi padanan perniagaan telah diatur bagi syarikat Malaysia melibatkan rakan bisnes berpontensi dari AS, Kanada, Mexico, Singapura, Jepun, Taiwan, Jerman, UK dan Perancis. Secara keseluruhannya, penyertaan Malaysia dalam pameran ini berjaya menarik 250 pelawat antarabangsa dan menerima 25 pertanyaan perdagangan bagi produk E&E, pemasangan dan ujian semikonduktor penyumberan luar (OSAT), plastic injection mouding, peralatan ujian automatik, komponen E&E dan lain-lain. Tokyo Game Show (TGS) merupakan pameran bagi permainan video terbesar di dunia dan acara tumpuan bagi pihak berkepentingan industri seperti penerbit, pencipta kandungan digital dan pemain. Sebagai pasaran ketiga terbesar, TGS kekal sebagai platform strategik bagi syarikat Malaysia untuk mempromosi produk dan perkhidmatan berkaitan pembangunan permainan video dan kandungan digital, merangkumi penciptaan grafik, penciptaan aset & watak, perkhidmatan penyumberan luar, penterjemahan serta audiovisual. TGS 2022 disertai lebih 600 pempamer dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, China, UK, Finland dan Korea. Ia turut disertai syarikat ternama Jepun seperti Konami, Square Enix, Bandai Namco, Capcom, SEGA, SonyPlaystation, Koei Techmo Games dan Happinet. Kehadiran lebih 100,000 pengunjung direkodkan sepanjang tempoh empat hari pameran berlangsung. Penyertaan MATRADE yang memasuki edisi keenam dalam pameran tersebut bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju penciptaan harta intelek dan mempromosi Malaysia sebagai destinasi pilihan utama penyumberan luar untuk animasi & permainan video di rantau Asia Tenggara. MATRADE telah menyelaras penyertaan 10 syarikat Malaysia iaitu Aeonsparx Interactive, Ammobox Studios, Forust Studio, Hide and Seeds, IXI Creatives, Kaigan Games Entertainment, Magnus Games Studio, Spacesheep Studio, Todak Studio dan Why Knot Studio dalam pameran ini di bawah Pavilion Malaysia. Empat syarikat turut menyertai sesi Online Trial Play bagi memperkenalkan permainan video baharu serta memberi peluang kepada penerbit dan pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman beraksi dalam permainan video tersebut. Salah satu syarikat Malaysia iaitu Forust Studio turut disenarai pendek bagi anugerah TGS’s Selected Indie Showcase. Sebanyak 487 sesi padanan perniagaan bagi syarikat Malaysia telah diaturkan dengan syarikat ternama Jepun. Penerbit terkemuka Jepun seperti Koei Techmo Games, Toei Animation, GungHo dan Tezuka Production telah menyatakan kekaguman mereka terhadap keupayaan syarikat Malaysia dan potensi bagi kolaborasi pembangunan permainan video mereka terutamanya penciptaan grafik, migrasi platform serta perkhidmatan penyumberan luar. SEMICON West Tokyo Game Show San Francisco, Amerika Syarikat Chiba, Jepun 12-14 Jul 2022 15-18 Sept 2022
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0