Laporan Tahunan MATRADE 2022

51 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 SEKTOR PENGANGKUTAN & LOGISTIK Astaka Malaysia di Farnborough International Airshow (FIA) 2022 Farnborough, United Kingdom 18 - 22 Jul 2022 MATRADE dengan kerjasama National Aerospace Industry Coordination Office (NAICO Malaysia) telah menyelaras penyertaan 17 pempamer Malaysia di dalam acara dwitahunan Farnborough International Airshow (FIA) 2022 yang diadakan dari 18 hingga 22 Julai 2022. FIA 2022 disertai oleh 1,253 pempamer dari 24 negara dan Malaysia merupakan satu-satunya negara ASEAN yang mempunyai astaka negara (country pavillion) di pameran ini. Objektif utama penyertaan MATRADE di dalam pameran ini adalah untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab industri aeroangkasa Asia Tenggara dan meneroka peluang dalam pembangunan teknologi dengan syarikat asing bagi meningkatkan keupayaan syarikat Malaysia. Delegasi Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dr. Halim Mohammad selaku Pengerusi MATRADE terdiri daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Invest Selangor Berhad dan 14 syarikat aeroangkasa Malaysia. Antara produk dan perkhidmatan yang dipromosikan oleh syarikat Malaysia di FIA 2022 termasuk komponen dan alat ganti pesawat, perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk, perkhidmatan latihan dan perkhidmatan penyelengaraan. Sebanyak 128 sesi padanan perniagaan telah diatur untuk pempamer Malaysia dengan penglibatan pembeli-pembeli asing termasuk syarikat Tier-1 dan OEM seperti Boeing dan Airbus. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mengunjungi astaka Malaysia di FIA 2022 pada 19 Julai 2022. KDYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah AlMusta’in Billah berkenan mengunjungi astaka Malaysia di Farnborough International Airshow 2022 pada 19 Julai 2022. Astaka Malaysia di Aviation Week MRO Asia-Pacific (MROAP) 2022 Singapura 20-22 Sept 2022 MATRADE dengan kerjasama National Aerospace Industry Coordination Office (NAICO Malaysia) telah menyelaraskan penyertaan empat (4) pempamer Malaysia dalam Aviation Week MRO Asia-Pacific (MROAP) 2022 yang diadakan dari 20 hingga 22 September 2022. Penyertaan Malaysia dalam pameran ini bertujuan untuk meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan sektor aeroangkasa, memperkukuhkan kerjasama rentas sempadan dalam perkhidmatan sektor aeroangkasa, dan mengintegrasikan syarikat Malaysia ke dalam rantaian bekalan global aeroangkasa. MROAP 2022 merupakan salah satu pameran utama di rantau ASEAN yang disertai oleh pemain-pemain industri berpengaruh dalam industri aeroangkasa. Sejumlah 188 pempamer telah menyertai pameran ini yang turut dihadiri lebih 4,000 pelawat perdagangan dari 67 buah negara. MROAP 2022 juga adalah pameran yang julung kali disertai oleh MATRADE. Sebanyak tiga (3) syarikat Malaysia dan satu (1) persatuan perniagaan telah menyertai astaka Malaysia dengan mempromosikan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO); perkhidmatan latihan teknikal; perunding perniagaan untuk MRO dan penyelenggaraan talian dan pangkalan MRO. Astaka Malaysia berjaya menarik lebih 800 pelawat asing, antaranya dari Australia, China, Singapura, Belanda, Jerman, dan United Kingdom. Sebanyak 200 pertanyaan perdagangan juga telah diterima oleh MATRADE dan pempamer Malaysia sepanjang tempoh pameran tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0