Laporan Tahunan MATRADE 2022

52 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan antara 10 negara pengeluar minyak mentah terbesar dunia. Hasil minyak dan gas menyumbang sebanyak 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UAE. Negara itu juga mempunyai rizab gas asli ketujuh terbesar dunia. Secara tidak langsung, UAE menawarkan peluang besar dalam industri minyak dan gas serta menggalakkan pelaburan asing dalam sektor ini. Landskap ekonomi terkini yang lebih mencabar dengan situasi pandemik berterusan tidak menjejaskan minat syarikat-syarikat minyak dan gas Malaysia dalam merebut peluang eksport terutamanya di rantau Timur Tengah. Perkara ini terbukti dengan penyertaan sebanyak 20 buah syarikat minyak dan gas Malaysia dalam pameran ADIPEC 2022 di bawah astaka Malaysia. Tahun 2022 merupakan edisi kelapan MATRADE menganjurkan astaka Malaysia pada program ADIPEC dan merupakan penyertaan terbesar MATRADE dalam pameran ini. ADIPEC 2022 yang diadakan dari 31 Oktober hingga 3 November 2022 di Abu Dhabi National Exhibition Centre, Abu Dhabi, UAE merupakan acara ikonik sektor minyak dan gas serta pameran perdagangan antarabangsa terpenting di Timur Tengah. Pada pameran berkenaan, syarikat Malaysia menawarkan produk dan perkhidmatan seperti fabrikasi peralatan proses minyak dan gas, perkhidmatan kejuruteraan, perkhidmatan mekanikal, penyelesaian kejuruteraan, perkhidmatan pematuhan perlindungan letupan, perkhidmatan pemeriksaan, pembersihan saluran paip serta penyelesaian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) dan peralatan hos industri. Sebanyak 370 sesi padanan perniagaan berjaya diatur dengan wakil-wakil syarikat minyak dan gas terkemuka dunia dan firma minyak negara termasuk Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dan Bahrain Petroleum Company (BAPCO). Abu Dhabi International Petroleum Exhibition & Conference (ADIPEC) 2022 Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu 31 Okt - 3 Nov 2022 SEKTOR MINYAK & GAS, KIMIA DAN TENAGA MATRADE telah membawa delegasi 14 pengeksport Malaysia untuk menyertai sebagai pempamer astaka Malaysia Pameran Perdagangan Antarabangsa K 2022 di Düsseldorf, Jerman pada 14 hingga 26 Oktober 2022. Tahun 2022 merupakan edisi kesembilan MATRADE mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Ia merupakan pameran industri plastik dan getah terbesar dunia yang telah menarik penyertaan lebih 200,000 pengunjung dari 160 negara. Astaka Malaysia di K 2022 telah menonjolkan kekuatan Malaysia yang semakin memberangsangkan dalam bidang kelestarian, inovasi, ekonomi kitaran dan elemen hijau berikutan permintaan global yang semakin meningkat untuk produk dan perkhidmatan. Syarikat Malaysia telah mempamerkan bahan plastik yang mampan dan inovatif serta produk bahan kimia berkaitan sektor plastik dan getah seperti bioresin, produk ekopembungkusan, resin kitar semula, pembungkusan plastik, getah asli dan sintetik, acuan getah, bahan mentah getah dan plastik serta perkhidmatan pembuatan berkaitan dengan industri plastik. Sebanyak 387 mesyuarat perniagaan telah diatur oleh pejabat MATRADE di Frankfurt untuk syarikat Malaysia dan pembeli antarabangsa. Padanan perniagaan platform berfungsi sebagai saluran yang berkesan untuk syarikat Malaysia berhubung secara langsung dengan perniagaan antarabangsa dalam meneroka lebih banyak peluang perdagangan dan pasaran dunia terutamanya Kesatuan Eropah. Selain elemen pameran, perwakilan Malaysia turut terlibat dalam beberapa bahagian siri program yang diatur seperti mesyuarat perniagaan satu lawan satu dan ceramah industri. Hari Jalinan Malaysia sempena acara tersebut turut dianjurkan bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt. Pameran Perdagangan Antarabangsa K 2022 Pusat Pameran Düsseldorf, Bandar Düsseldorf, Jerman 14-26 Okt 2022 pengunjung 200,000 160 negara

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0