53 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 MATRADE telah melaksanakan INSP bersempena Pameran Minyak dan Gas Asia (OGA) x Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSEC) dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022. Ia merupakan acara paling komprehensif dalam menyokong industri minyak, gas, tenaga dan petrokimia di Asia Tenggara. Program penyumberan antarabangsa ini dijalankan dengan kerjasama 10 pejabat MATRADE iaitu Los Angeles, Mexico City, Sao Paulo, Frankfurt, Warsaw, Guangzhou, Chennai, Jakarta, Yangon dan Hanoi. INSP ini berjaya mengaturkan sebanyak 25 mesyuarat perniagaan yang disertai 16 syarikat Malaysia serta 21 pembeli asing dari Amerika Syarikat, Australia, Bangladesh, China, Germany, Guyana, Indonesia, Mexico, Myanmar, Poland, Qatar, Singapura, Sri Lanka, Sudan, dan Vietnam yang mempunyai rangkaian luas dalam sektor minyak dan gas serta kimia. Antara produk dan perkhidmatan utama yang menerima permintaan tinggi adalah Asid Stearik, Kalsium Stearat, Biodiesel, Christmas Tree/Injap Kepala Telaga, Injap & Penggerak, Tutup Injap Bebola, Metal Seated SDV, Injap Bola untuk Petrol & Projek Jet Fuel, Injap untuk Saluran Paip dan Skop Kerja Pembinaan, Pembaikian, dan Penyelenggaraan Kapal. MATRADE membuat penampilan buat kali pertama dalam KIOGE 2022 yang telah berlangsung di Atakent Exhibition Centre, Almaty, Kazakhstan pada 28 hingga 30 September 2022. Ia merupakan pameran perdagangan antarabangsa terbesar dan paling berpengaruh bagi sektor minyak dan gas di wilayah Asia Tengah. Pameran kali ini memfokuskan kepada 13 bidang industri melibatkan geologi, geografik, pemprosesan, kejuruteraan minyak dan gas, pengangkutan dan lain-lain. Sebanyak 196 syarikat telah mengambil bahagian dalam pameran ini termasuk dari Kazakhstan, Rusia, Malaysia, Bahrain dan banyak lagi. Penyertaan 10 syarikat Malaysia yang berkredibiliti tinggi di bawah satu astaka Malaysia antara lain bertujuan meneroka sepenuhnya peluang perniagaan melalui platform KIOGE 2022, mencari potensi perniagaan di pasaran tempatan (Kazakhstan) dan wilayah Asia Tengah serta menguatkan rantaian perniagaan antara Malaysia dan Kazakhstan. Sepanjang tiga hari program itu berlangsung, sebanyak 57 padanan atau mesyuarat perniagaan berjaya diatur selain menerima 206 pertanyaan perdagangan dan mewujudkan 431 kenalan perniagaan (business contacts) yang menjana sehingga RM109,869,921.72 (USD25,540,000) potensi jualan. Antara produk/ perkhidmatan yang menjadi perhatian adalah sustainable chemical products, switchboards, perkhidmatan integriti aset, konsultansi dan integrasi solar berskala besar. International Sourcing Programme (INSP) bersempena Minyak dan Gas Asia (OGA) x Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSEC) The 28th Kazakhstan International Oil & Gas Exhibition and Conference (KIOGE) 2022 Kuala Lumpur, Malaysia Atakent Exhibition Centre, Almaty, Kazakhstan 1 Jan - 31 Dis 2022 28-30 Sept 2022 pertanyaan perdagangan 206 431kenalan perniagaan
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0