54 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Sebagai salah satu inisiatif mempromosikan produk biomas (biojisim) keluaran Malaysia, MATRADE telah berjaya menganjurkan INSP Biomas (Biojisim) Asia Timur Laut 2022 secara maya dari 1 April hingga 31 Disember 2022. Sepanjang sembilan bulan program ini dilaksanakan, MATRADE berjaya mengatur sebanyak 26 padanan perniagaan bagi 11 buah syarikat pengimport bersama 21 buah syarikat biomas Malaysia. Potensi jualan berjumlah RM102,070,777.50 berjaya diraih dari padanan perniagaan yang dianjurkan. Kebanyakan pengimport adalah dari Jepun, China dan Republik Korea (ROK). Antara produk biomas yang mendapat permintaan tinggi adalah pelet isirung kelapa sawit, tempurung kelapa sawit, arang dan oleokimia. International Sourcing Programme (INSP) Biomass Northeast Asia 2022 Kuala Lumpur, Malaysia 1 Apr - 31 Dis 2022 Ini merupakan penyertaan kali ke-12 MATRADE sebagai rakan rasmi padanan perniagaan bagi IGEM 2022 serta jalinan kerjasama Malaysia Greentech & Climate Change Corporation (MGTC). Inisiatif ini adalah bukti bahawa MATRADE sangat konsisten dalam memainkan peranan sebagai agensi promosi perdagangan nasional untuk terus menyokong dan membantu pengeksport Malaysia menembusi pasaran global terutamanya bagi sektor teknologi hijau dan tenaga diperbaharui. Bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2022, pelaksanaan program secara hibrid ini telah menerima pendaftaran dan pertanyaan perdagangan daripada enam Pejabat MATRADE di luar negara iaitu Miami, Manila, Bangkok, Mumbai, Yangon dan Los Angeles. Program ini menyumbang kepada penganjuran sebanyak 14 mesyuarat atau padanan perniagaan melibatkan 10 pembeli asing dan 14 syarikat Malaysia yang menjana potensi jualan berjumlah RM115,249,137.75. Antara produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan adalah sistem integrasi panel solar, floating solar waste to energy dan bahanbahan kimia untuk penggunaan industri hijau. International Sourcing Programme (INSP) bersempena International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) Kuala Lumpur, Malaysia 1 Jan - 31 Dis 2022 mesyuarat 14 11pembeli asing padanan 26 11syarikat
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0