Laporan Tahunan MATRADE 2022

55 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Selama hampir dua dekad, MATRADE telah memilih pameran perdagangan FOODEX sebagai aktiviti utama mempromosi makanan dan minuman Malaysia. Sektor makanan dan minuman telah dikenal pasti sebagai sektor berpotensi dan minat Jepun untuk membangun sektor pelancongan mesra Muslim susulan penganjuran acara besar dunia seperti World Expo Osaka 2025 dan Asian Games 2026 yang dilihat memberi kelebihan kepada Malaysia untuk meraih manfaatnya. FOODEX yang berlangsung di Pusat Pameran Makuhari Messse di Chiba, Jepun dari 8 hingga 11 Mac 2022 adalah merupakan penyertaan ke-19 MATRADE dengan penyertaan sejumlah enam buah syarikat Malaysia di samping tiga agensi kerajaan iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Lembaga Koko Malaysia (MCB). Kekangan sekatan perjalanan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Jepun tidak menghalang penyertaan syarikat-syarikat Malaysia dalam pameran ini di mana keutamaan telah diberi kepada pempamer yang mempunyai ejen atau cawangan di negara berkenaan. Antara produk yang dipromosi adalah produk sedia dimakan, snek, minyak masak, makanan sejuk beku, sos & pes, produk minuman dan ramuan makanan halal. Syarikat-syarikat Malaysia berjaya menjalinkan rangkaian perniagaan dengan pengimport, pengedar dan procurement centre tempatan yang berpotensi. Penyertaan di FOODEX pada edisi ini telah berjaya mempromosi jenama Malaysia kepada lebih 33,000 pengunjung perdagangan tempatan. Syarikat Malaysia yang mengambil bahagian telah berjaya merekodkan pertanyaan perdagangan yang berpotensi daripada pelawat-pelawat yang hadir di samping pertemuan perdagangan yang diatur oleh Pejabat MATRADE Tokyo dan Osaka. FOODEX JAPAN 2022 Jepun 8-11 Mac 2022 SEKTOR HALAL, MAKANAN DAN MINUMAN & AGRO Australia telah dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi untuk meningkatkan eksport produk makanan dan minuman Malaysia Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang ditandatangani pada 1 Januari 2013 di antara kedua-dua negara mampu memberi kelebihan kompetitif kepada pengeksport Malaysia menembusi pasaran Australia. Fine Food Australia 2022 telah diadakan di Melbourne Convention and Exhibition Centre, Melbourne, Australia dari 5 hingga 8 September 2022. Sebanyak 19 syarikat Malaysia termasuk tiga agensi kerajaan iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah mengambil bahagian dalam pameran perdagangan terkemuka di rantau Oceania khusus untuk sektor makanan dan minuman. Edisi tahun 2022 telah menyaksikan penyertaan hampir 700 pempamer dari seluruh dunia. Antara produk yang dipamerkan oleh syarikat Malaysia ialah produk berasaskan kelapa, kopi & teh, produk berasaskan koko, makanan berasaskan tumbuhan, makanan sedia dimakan, makanan ringan, minuman, makanan sejuk beku, sos & pes makanan dan makanan berfungsi. Secara keseluruhan, program ini telah berjaya meningkatkan penjenamaan dan membuka pasaran untuk produk makanan dan minuman Malaysia ke Australia. Fine Food 2022 Melbourne, Australia 5-8 Sept 2022 pempamer dari seluruh dunia 700

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0